Youtube channel baru....lagi??

Bismillah....

Haritu dah ada channel youtube dah pun...

Bukan 1 tapi beberapa channel youtube saya dah ada dan dah monetize pon hehe. Ye la channel yang lain-lain tu ada niche dan bidang tersendiri tapi yang terbaru erm, ni saya nak mai cerita sikit ni.....

Youtube : KELAS CIKGU AZIM

Jom ke Youtube Baru Saya Di Sini

28/1/2021, saya buka channel Youtube baru yang khusus untuk share apa-apa yang berkaitan dengan PDPR (pengajaran dan pembelajaran dari rumah) yang trending sekarang ni.

Atas sebab sekolah pun tak tau bila nak buka jadi kita ambil inisiatif macam cikgu-cikgu yang lain di seluruh Malaysia tu untuk buat dan sharing video belajar.

Jadi niche channel yang baru ni adalah niche pendidikan semata-mata. Takde nak merapu atau sembang kosong 😁

Cikgu kena selari dengan zaman

Haa sebab tu takde istilah sekolah tutup cikgu rilex cuma bagi latihan kat murid je. Cikgu-cikgi sekarang gigih guna macam-macam medium nak mengajar, contohnya macam buat video pdp ni laa. 

Nak guna guna google meet untuk situasi di sekolah saya amatlah tak sesuai jadi dengan adanya kongsi video pdpr di youtube ni dapatlah bagi murid tengok bila-bila masa yang sesuai sambil beri latihan kepada mereka.

Mendidik mengikut zaman

Memang betul istilah ini....kita perlu mendidik anak mengikut zamannya...begitu juga guru, kena mendidik mengikut zaman jugak. Zaman sekarang kena selalu peka dengan teknologi. Kena mahir dengan ict - buat video, edit mengedit, rakam merakam. BUKAN SETAKAT TAHU FORWARD msj kat group wassap je. 

Cuma yang kesian sikit kat guru-guru senior iaitu guru yang umur sekitar 50an ni (bukan semua, sebilangan kecil jer) ict agak kurang bagi mereka. Nak  attach file kat email pun ada yang tak reti apatah lagi nak buat video. Tapi itulah, kena adapt dengan perubahan zaman.

Join grop Youtuber Guru

Bagi guru-guru yang nak belajar buat video atau youtube boleh juga belajar dengan Akademi Youtuber anjuran eDidik. Di situ ada ramai mentor boleh ajar secara percuma, antara nak dengan tak nak je. Banyak tutorial ada di situ untuk guide dari cara upload gambar profile sampai la ke cara nak buat video animasi. Khusus untuk guru Malaysia.

Jadi, kepada anda yang ada anak sekolah rendah tu boleh la visit dan tengok-tengok isi kandungan video saya tu ya. 

Youtube KELAS CIKGU AZIM cover/thumbnail. Cantik tak? 

Jom, harap pembaca dan follower blog ni dapat singgah dan subscribe 😁🤲🤲

Best ada youtube dan blog ni kan, sambil kita makan, tidur, main bola, bercuti..... bila ada orang yang visit, juta-juta pahala boleh dapat kat kita....

P/S : Kalau anda menonton video dalam channel youtube tu jangan pelik kalau ada dengar suara budak kecik dan baby. Dah nama pun PDPR....

SUBSCRIBE DI SINI

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Satu lagi langkah baharu ya CikguZim. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Tahniah
    Semoga dapat membantu PdPR pelajar2

    BalasPadam
  3. Langkah yang menarik. Tahniah dan teruskan perjuangan anda! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan terus melangkah dam berjuang..jomm sabscribe

      Padam
  4. Pendekatan yang bagus dan semoga dapat membantu pdpr pelajar. Done subscribe! Wah ajar bahasa arab rupanya.. nice!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Cik TK! hehe lama dh x ajar subjek ni, ni cuba nk ingat balik :)

      Padam
  5. bvestnye ade keberanian nak bervlog. saya bila lah lagi nak vlogging ni cikgu oi

    BalasPadam
  6. Tahniah Cikgu, setuju yg cikgu kena mengajar murid ikut zaman mereka..memang banyak benda cikgu kena belajar supaya murid dapat seiring dengan teknologi..

    BalasPadam