Jangan lipat..

Jangan lipat hujung muka surat Quran..

Alamak ini ada juga saya buat. Menanda pakai penanda ada juga sebab memang tak ingat samada m/s kanan atau kiri yang baca itu sebab saya lipat.

Tapi makruh rupanya lipat ms Quran ni. Baca ni...

Antara perkara yang dilarang secara Makruh ialah melipat hujung muka surat Al Quran (ثَنْیُ أَطْرَافِ الصَّفْحَۃِ). Ini disebutkan oleh Syeikh Ahmad Husin Abdul Karim di dalam kitabnya Adab At Taamul maal Quran.

Bahkan kata sebahagian ulama' Yaman: " ٍٍٍSiapa yang melipat muka surat kitabnya akan hilanglah keberkatan kitab itu darinya".

Gunakanlah penanda, stick notes dan sebagainya asalkan tidak melipat dengan apa cara lipatan sekalipun. Kalau anda penjual buku, dan ada kesan lipatan pada buku itu, sudah pasti pembeli menganggapnya buku lama atau telah digunakan. Difahami, melipat mengurangkan kemuliaan sesuatu.

Jangan lipat.. Jangan lipat.. Reviewed by cikguzim on 3.2.21 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Ok baru tahu. Selalu tanda dengan lidi sate.

    BalasPadam
  2. ohh baru tahu pasal ni. memang banyak juga lipat terutamanya pada surah lazim. ok nanti kena cek semula ni. terima kasih kongsi info

    BalasPadam
  3. selalu tanda guna penunjuk je

    BalasPadam
  4. Ala ada yang hujung helaian PC lipat tu. Ada yang selit penanda. Allahu.

    BalasPadam
  5. Biasa pakai penanda buku atau lidi. Novel2 pun pakai penanda buku. Sayang nak lipat. Huhuhuuu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.