Sekarang ni nak cuba berlari dengan memantau heart rate guna kaedah MAF. Kaedah ni penting supaya heart rate tidak melebihi rate yang berlebihan secara berpanjangan, bahaya! MAF ni perlukan kesabaran & fokus.
Sebenarnya ada banyak juga perkara lain yg mempengaruhi/menaikkan kadar HR selain daripada aktiviti2 fizikal macam berlari ni antaranya :
1) Cuaca panas. Tunggu redup baru sedap berlari.
2) Kerisauan/ketakutan - nampak anjing atau bawa masalah dalam larian
3) Marah/geram, mungkin juga rasa menyampah dan meluat yang tinggi 🤬
4) Keterujaan/exited - cthnya tiber je nampak perempuan cantik/lelaki kacak sedang berlari sama 🤣
5) Kesakitan - pernah jari kaki melecet teruk, saya berlari menahan sakit akibat kuku kaki cedera 😣
Jadi kepada yang suka berlari sambil memantau heart rate ni kena sentiasa cool dan happy selalu.
Happy running. Hari selalu hujan ni, stamina berlari macam ke laut sikit dah hahaha.


5 Ulasan
Lakukan dengan santai.
BalasPadamterima kasih atas tipsnya cikgu =)
BalasPadamnice tips....
BalasPadamsantai santai je lari nye :D
Santai aja donggg :)
BalasPadambila dah tua ni cuma mampu mengayuh basikal je.
BalasPadam