Salam Jumaat, hari terakhir kakak di tadika

Salam Jumaat penghulu segala hari. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan 2020 yang penuh cabaran. 

Jom sama-sama berdoa, berzikir dan memohon supaya semua urusan kita dipermudahkan. Moga tahun 2021 lebih baik lagi.


Selamat bercuti kepada yang bercuti, moga selamat pergi selamat kembali. Seronok lihat orang nak pulang balik ke kampung. Kitorang tumpang gembira je.

Dan hari ini hari terakhir kakak Naurah di tadika. Sedikit buah tangan untuk guru-guru yang pernah mengajar Naurah selama 3 tahun ini.


Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar Naurah. Moga Allah membalas jasa mereka semua.

Bermula fasa baru untuk kakak Naurah pada tahun depan iaitu naik ke darjah 1.

3 Tahun Sekolah Tadika

Tamat sudah 3 tahun menuntut ilmu di alam tadika. Fly high Naurah, semoga berjaya di dunia dan akhirat jauh lagi perjalanan hidupmu.

Momen yang takkan kembali lagi, dari 2018-2020, mama hantar pagi. Petang ayah ambil. Rutin ini pasti akan diingati dan dirindui.

Terima kasih kepada cikgu2 dan ustzah2 Tadika yang banyak mendidik Naurah, dari pukul 8.00am sampai 5.00pm bersama, kecuali tahun 2020 je lah, sekejap sangat masa dekat sekolah. Semoga dalam redha Allah semuanya dan berkat ilmunya.

Selamat bercuti semua pelajar n guru-guru. Tahun depan entah apa pula cerita nya ye🙂😂

Doa dan harapan ayah semoga kakak sentiasa diterangkan hati, dipermudahkan urusan, rajin mengaji dan solat. Alhamdulillah tahun 2020 kakak tak tinggal mengaji dan solat Maghrib.

Tahun depan solat penuh ya kakak..aamin.

Doa Untuk Mendidik Anak

Semoga anak-anak kita terlindung dari segala perkara-perkara yang tidak baik dan menjadi anak yang soleh & solehah.

Jom baca dan aminkan doa untuk anak-anak soleh kita. Sumber gambar 9bulan 10 hari.









Aamin ya Allah ya Rabbal alamin.

Jom ibu bapa doakan kebaikan untuk anak-anak kita. Doa ibu dan bapa untuk anak itu sangat maqbul.

Sampaikan walau satu ayat.



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. tahun ini tak teratur persekolahan anak-anak, kesian mereka... moga tahun lepas dah pulih seperti sebelum covid

    BalasPadam
  2. Aamiin. Moga fasa baru nanti lebih dipermudahkan oleh Allah SWT.

    BalasPadam