Doa untuk tahun 2021

Tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya, marilah kita sama-sama mengharapkan tahun 2021 nanti lebih baik dari 2020.

Jom kita baca dan aminkan doa ini. Sampaikan walau satu ayat....

Buat saudara-saudara, sahabat-sahabat dan rakan-rakan

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

ALHAMDULILLAH.. ...

Kami bersyukur kepada-Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang telah Engkau kurniakan

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM. ....

Kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ajarkanlah kami yang lemah ini utk melihat jalan keluar dari masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Ya Allah bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu untuk kami Ya Allah.

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

YA RASHID YA RAHMAN YA RAHIM.... 

Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikan ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikan hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dgn sakit, maka Engkau sembuhkan agar mereka dapat beribadah bersama kami.

Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya, jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.

YA FATTAHU YA ALIM..

Lindungilah kami dari penyakit berjangkit, angin merah, darah hitam (stroke) dan penyakit berat. Kurniakan kami kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa anak-anak dan zuriat kami, dosa saudara-saudara kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa guru-guru kami, dosa pemimpin-pemimpin kami, dosa seluruh kaum muslimin serta muslimat sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَ

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sumber doa dan harapan ini dari: grup wassap

Sampaikan walau satu ayat.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah, kita berjaya harungi cabaran 2020, bersama kita harungi 2021 insyaallah

    BalasPadam
  2. Amin ya rabbal alamin. Semoga tahun 2021 lebih manis dan membahagiakan buat Kita semua

    BalasPadam