Macam mana kau ada masa tulis blog?

Ramai yang tanya soalan macam ni.

Sebagai cikgu, macam mana kau ada masa tulis blog? 

Kerja cikgu zaman sekarang bukan setakat mengajar, ada 1001 jenis kerja yang cikgu kena buat contoh macam tulis rancangan mengajar, buat BBM, tanda buku murid, buat kertas kerja, laporan perkembangan murid, isi data, kursus itu, kursus ini, jaga makan murid, itu dan ini. 

Well saya takkan tulis blog bila waktu kerja kecuali masa rehat, kerja is kerja. Fokus kerja kemudian baru fokus buat kerja lain. 

Menulis blog ni cuma ada waktu terluang je, kadang waktu awal pagi sebelum masuk kelas, masa antara kelas, masa rehat. So, masa untuk  menulis blog tu saya ambil masa terluang mana yang sempat aje.

Bila kita update blog secara kerap ni ramai juga tanya macam mana kita membahagikan masa dan macam banyak masa terluang pula ye.

So, macam mana kau ada masa tulis blog, kemudian ada masa lagi nak bersenam, berjoging, ber-gaming(ni sekali sekala okey), sambil main dengan anak di taman dan di rumah, luang masa keluarga, tengok tv, sempat jalan-jalan pulak lagi? 

Fuh panjang pulak soalan macam ni.

Situasinya sama macam kita selalu update status di fb dan ig, sambil-sambil buat sesuatu kerja kita belek-belek fon dan update. Cuma orang sekarang malas nak tulis panjang-panjang dalam blog sebab kena nak upload gambar, perenggan, tajuk, label, dll so orang lebih suka dan selesa up di fb je mudah dan ringkas.

Ada masa, cuba lihat sesuatu yang jauh kerana ia boleh merehatkan mata. Dengarlah bunyi alam, ia menenangkan minda.

Bila biasa update dan tulis sesuatu di blog, percayalah ia memang mudah dan lebih selesa. Ia boleh dijadikan macam 'log book' sebagai rujukan akan datang.

Masa itu sentiasa ada, manfaatkan ia untuk sesuatu yang berguna. 

Sekian pesan cikgu 😁

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. betul tu, kita menulis ni jika ada masa terluang.

    BalasPadam
  2. betul cikgu..mcm saya buat jadual skit la..kdg2 tercicir dr jadual haha ^_^

    BalasPadam
  3. syabas cikgu... cikgu suka tulis blog.. hari hari cikgu tulis bola 😅😅😅

    BalasPadam