Abdul Mateen turns 1 today!

Alhamdulillah anak soleh ayah genap 1 tahun hari ini. Begitulah pantasnya masa berlalu sedar-sedar dah 1 tahun umur anak soleh ayah ni.

Rasa baru semalam ayah sambut dan azankan adik kepada kakak Naurah ni di hospital Temerloh (HOSHAS)



Abdul Mateen 1 hari.

Setahun lepas Abdul Mateen lahir dengan berat 3.8kg, kakaknya pula 3.2 kg. Memang agak besar dan doktor beri nasihat awal supaya adik dilahirkan secara pembedahan (czer).

Abdul Mateen lahir betul-betul kena dengan timingnya ; lahir dalam cuti panjang dan lahir hari Sabtu jam 10.30. Jadi ayah ada masa nak jaga sementara masih dalam cuti sekolah. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar.

Senang betul jaga Abdul Mateen ni, tak banyak ragam dan always cool. Setakat setahun ni Abdul Mateen tak pernah meragam lagi macam menangis tengah malam, demam dan sakit pun tak sangat. Masuk umur 2 bulan dah pandai tidur malam macam orang dewasa jadi mamamya tak perlu berjaga malam sangat.

Lahir secara pembedahan

Mungkin Abdul Mateen tahu yang dia lahir secara operate jadi dia tak nak susahkan ayah dan mama kot hehe. 

Banyak risiko kalau baby yang lebih 3.5 kg lahir secara normal sebab ada risiko tersangkut dan jika ditarik boleh menyebabkan bayi mungkin patah bahagian bahu. Kes ini ada berlaku pada seorang ibu ketika isteri saya bersalin hari tu. Bila bayi tu nak lahir secara normal tapi tersangkut dan terpaksa di pam beberapa kali akhirnya bayinya lambat keluar dan kekurangan oksigen akhirnya bayi tu lahir menjadi lemah dan ada risiko jadi disable. Moga bayi tersebut kini sihat. 

Sebab itu kalau doktor nasihat supaya perlu operate, operatelah supaya ia tak merisikokan bayi dan juga ibu. Ada juga kejadian cemas ketika isteri sedang dioperate bilamana berlaku kejadian tumpah darah sehingga 1 liter darah hilang namun berjaya di atasi. Alhamulillah.

1 bulan kena kuning

Tak seperti kakaknya kena kuning cuma seminggu lebih, Abdul Mateen ni kena kuning hingga 1 bulan. Memang dah jadi kebiasaan bayi-bayi zaman sekarang ni memang jarang tak kena kuning. Doktor kata faktor bayi kena kuning ni ada kaitan dengan faktor makanan dan persekitaran.

Hari ke-3 isteri discaj dari hospital, Abdul Mateen dah disahkan kena kuning. Kemudian kena sambung duduk bawah lampu biru di hospital beberapa hari dan discaj bila kuning dah ada turun sikit. Kuning masih ada tapi tahap yang sederhana yang perlu follow up di klinik terdekat je sampailah 1 bulan baru sembuh.

Antara tips untuk turunkan kuning bayi adalah kerapkan bayi menyusu, ibu kena banyakkan makan kurma dan ibu kena minum susu juga supaya susu ibu tu jadi lebih pekat dan penuh khasiat. Jadi, kuning Abdul Mateen hanya berada pada tahap sederhana. Kalau kuning  bayi terlalu tinggi perlu masuk wad pakar dan darah bayi perlu pula ditukar.

Ada G6PD

Abdul Mateen ada G6PD. Memang tak pernah dengar lagi apa benda G6PD ni sebenarnya. Ia adalah penyakit keturunan yang biasa kena pada lelaki je. 

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam MELINDUNGI sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Ia macam alahan juga la lebih kurang. Orang yang ada G6PD ni normal je macam biasa, hidup dan berkembang macam biasa tiada masalah apa-apa CUMA pantang dengan beberapa perkara iaitu TIDAK BOLEH makan kacang parang, bau minyak gegat, semburan racun serangga dan ubat-ubat tertentu dari bayi sampai ke dewasa. Memang kena pantang dan berjaga-jaga dari semua yang disebut tadi.

Jadi Abdul Mateen kena ingat sampai dewasa ya nanti kena pantang dengan beberapa perkara ni. Jika pantang ni dilanggar ada risiko sel darah merah boleh pecah dan perlu ditukar. Boleh google lagi apa itu G6PD.

Boleh berdiri seawal umur 8 bulan

Anak ayah ni laju juga progress pembesarannya. Orang kata progress anak kedua memang laju sikit sebab dia sentiasa memerhati tingkah laku kakak/abangnya. Memang betul, Abdul Mateen dah boleh berdiri seawal 8 bulan tapi dengan bantuan la hehe.


Berjalan pun dah boleh masa umur 10 bulan. Kakak dulu cukup setahun baru pandai berdiri.

8 bulan


Abdul Mateen 9 bulan, boleh berjalan sendiri dengan bantuan berpaut pada objek-objek terdekat hehe.




Abdul Mateen 10 bulan. Dah pandai nak main sama dengan kakaknya.

Dan kini dah genap setahun, kuat dan jauh dah berlarinya pantang di letak tempat luas, jauh perginya. Simpan gambar di sini sebagai kenangan abadi untuk tatapan akan datang.







Memang seronok bila dapat tapak kaki ni kan dikk.



Huih kuatnya angkat sebotol air dah.

Selamat hari lahir Abdul Mateen. 

Anak adalah anugerah dari Ilahi. Moga dipermudahkan urusan kita sekeluarga dan para pembaca ni semua ya.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Happy birthday adik Abdul Mateen!! Semoga menjadi anak soleh kebanggaan ayah ibu

    BalasPadam
  2. Sanah helwah Abdul Mateen. Semoga membesar menjadi anak yang soleh ya.

    BalasPadam
  3. happy birthday adik kiut :) hee

    BalasPadam
  4. Aww ensem boy dah 1 tahun ye. Comel je tgk. Sanah helwah mateen semoga panjang umur dan murah rezeki

    BalasPadam