Tukar tayar kereta

Meter kereta dah 125k kilometer dan tayar pun dah nak masuk 5 tahun. Last tukar tayar 2016. Bahagian 'dalam' tayar dah makan dalam dan bunga tayar pun dah macam nampak tak nampak je. 

So memang elok lah kena tukar baru 4 biji sekali gus. Tayar ni bahagian paling penting yang sentiasa bersentuhan dengan jalan. Jalan pulak ada banyak yang rosak dan bengkang bengkok. Lagi cepat lah kena tukar tayar.

Ini kali ke-2 tukar tayar. Untuk keselamatan dan keselesaan tukar lah tayar 4-5 tahun sekali, tayar dah lama tapi masih elok akan expired jugak. 

So haritu saya tukar tayar Michelin MX apa benda namanya tak ingat tapi sedap lah bila bawa especially waktu hujan-hujan waktu ni.

Tayar yang dah ditukar, tayar Michelin sebijik harga rm200 lebih. Tukar terus 4 tayar senang kira 😄

Ni sikit panduan tentang tayar :

- Tukar tayar setiap 4-5 tahun sekali. Lagi kerap guna untuk berjalan jauh lagi cepat kena tukar. Tayar guna terlalu lama nanti tak berapa elok sebab akan expired. Macam roti.

- Buat tayar rotation (pindah-pindah tayar) yang depan pergi belakang, belakang pergi depan dalam setiap 10k ke 15k km. Ini untuk menjaga tayar supaya balance dan tahan lama.

Panduan gambar untuk tayar rotation atau silang tayar. Pergi je kedai kata nak buat tayar rotation tau je orang kedai tu. Harga dalam rm15 ke rm20 hengget jer. Sumber : pandu lalu

- Jangan selalu layan corner dan main brek sangat nanti cepat haus tayar tu. Memandu dengan berhemah.

- Selalu cek tekanan angin tayar sekurangnya sebulan sekali. Tekanan angin pun boleh mempengaruhi ketahanan tayar dan penggunaan petrol.

- Selalu juga cek keadaan tayar mana tau ada objek-objek terlekat dekat tayar macam paku, batu atau apa2. Bawa pergi bengkel baru boleh cabut dan tampal.

So ini sedikit sebanyak tentang cara jaga tayar. Moga bermanfaat.

Meter saya 125k km jadinya dalam 135k km nanti kena buat rotation dan dalam 195k km nanti atau 4 tahun kena tukar tayar baru. Tulis dalam blog ni senang sikit nak ingat nasib ada fungsi archieve boleh rujuk balik 😄





Tukar tayar kereta Tukar tayar kereta Reviewed by cikguzim on 4.11.20 Rating: 5

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kereta sy yg ni dh 7 tahun dah..dh tukar tayar 2 kali.🙂

      Padam
  2. Kena tenguk juga tarikh yang tertera kat tayar baru tu.
    Takit kena tayar lama.

    BalasPadam
  3. Cakap pasal tayar baru je tukar tayar last week. Tapi tukar 2 je la untuk depan, depan yang lama tu pasang belakang. Dapat tukar 4 sekali macam cikguzim lagi bagus kan,sekali siap allignment tayar. Macam bawa kete baru gitu

    BalasPadam
  4. Tayar antara salah satu elemen penting yang mesti diperhatikan dan dijaga selain enjin.

    BalasPadam
  5. nak tukar tayar tapi bajet tak ada,terpaksa bawa slow-slow saja

    BalasPadam
  6. abe ki tukar tayar setiap 4 thn sekali..

    BalasPadam
  7. Salam singgah dan follow sini :)

    btw tq atas info ni. kalau saya, tukar je bila rasa nak tukar bile tgk bunga kt tayar dah ilang haha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.