Senarai bantuan kewangan belanjawan 2021

 *Ringkasan Belanjawan 2021*

1. Pelepasan cukai bagi perbelanjaan vaksinasi diri/pasangan/anak - RM 1000

2. Pelepasan cukai bagi perbelajaan rawatan perubatan diri/pasangan/anak dinaikkan dari RM 6000 ke RM 8000

3. Pelepasan cukai bagi perbelajaan rawatan perubatan/keperluan khas ibu bapa dinaikkan dari RM 5000 ke RM 8000

4. Bantuan Sara Hidup (BSH) diganti kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

   a. Isi rumah kurang RM 2500 ada 1 anak - RM 1200

   b. Isi rumah kurang RM 2500 ada 2 anak atau lebih - RM1800

   c. Isi rumah RM 2501 - RM 4000 ada 1 anak - RM 800

   d. Isi rumah RM 2501 - RM 4000 ada 2 anak atau lebih - RM 1200

   e. Isi rumah RM 4001 - RM 5000 ada 1 anak - RM 500

   f. Isi rumah RM 4001 - RM 5000 ada 2 anak atau lebih - RM 750

  a. Individu bujang (bawah 21 tahun) kurang RM 2500 - RM 350

5. Pengurangan 1 mata peratusan cukai pendapatan bagi banjaran pendapat RM 50000 - RM 70000.

6. Morotorium bersasar kepada golongan B40. Lanjutan moratorium penuh selama 3 bulan atau moratorium 50% untuk 6 bulan. 

7. Caruman KWSP Perkerja dikurang dari 11% kepada 9% bagi tahun 2021. Tidak dinyatakan bagi caruman LTAT. 

8. Peruntukan RM 30 juta kepada PERHEBAT untuk program kemahiran. 

9. Caruman penuh oleh Kerajaan bagi Skim Bencana Pekerjaan PERKESO bagi anggota Sukarela ATM/Polis/Pertahanan Awam/Maritim. 

10. Pelepasan cukai bagi perbelajaan gaya hidup dinaikkan dari RM 2500 ke RM 3000.

11. Peruntukan Kementerian Pertahanan RM 16 bilion. 

12. Skim Perlindungan Kemalangan Diri percuma kepada peminjam LPPSA tahun 2021 dan 2022.

13. Kredit e-wallet RM 50 kepada belia berumur 18 - 20 tahun. 

14. Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM 600. Pesara dan veteran tidak berpencen RM 300. Bayaran pada awal tahun 2021.

Tonton video di bawah untuk senarai bergambar ringkasan belanjawan 2021 

Bajet 2021 ni merupakan antara bajet dan belanjawan terbesar untuk rakyat. Moga bermanfaat.
Senarai bantuan kewangan belanjawan 2021 Senarai bantuan kewangan belanjawan 2021 Reviewed by cikguzim on 7.11.20 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Semoga bantuan yang disasarkan ni memberi manfaat pada mereka

    BalasPadam
  2. Untunglah cikgu dapat bonus rm600 nanti. hehe rezeki kan. Saya tak tahu bahagian mana yang layak ni

    BalasPadam
  3. Mudah2an ramai yang mendapat manfaatnya

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.