Monday Blues & Malindo Air

Salam Isnin. Bila Isnin rasa penat dia lain macam kan? Bila dah melepak atau buat aktiviti macam-macam hari minggu bila nak mulakan kerja hari Isnin rasa macam...erm (sambil menguap).

Itu pun bersyukurlah kita bila ada kerja. Ramai dari rakan kita yang tak dapat pergi kerja, rindu nak lihat suasana kerja, jumpa rakan sekerja, hilang kerja, bakal hilang kerja sebab pandemik covid ni.  

Insyaf pula bila merungut berpenat-penatan sedikit macam ni bila terbaca cerita kelmarin...

Hari kelmarin 31 Oktober 2020, rakan2 kita dari Malindo Air seramai 2000 orang tamat perkhidmatannya.

Pengalaman beberapa kali naik penerbangan Malindo adalah baik bagi saya. Cabin crewnya ramah-ramah. Kenyataan hidup memang susah nak ditelan. Kepada staff2 Malindo Air yang sah berhenti kerja saya ucapkan terima kasih atas servis yang baik yang telah diberikan. Moga pengalaman hari ni mengajar kita utk bangkit menggapai hari esok yg lebih baik insyaAllah.

Hari mereka dah tiba, hari kita belum tahu lagi. Jadi jangan merungut bila ada kerja atau dibebani dengan kerja. Mungkin kerja kita tu lebih mudah dari kerja atau tugas orang lain. 

Namun rezeki Allah itu luas, harap ada rezeki lain untuk mereka dan juga mereka yang terkesan asbab covid ni.

Semoga covid ni cepat terhapus, ekonomi kembali pulih, pelancong ramai semula,  kita boleh melancong sana sini dengan senang hati. 

Salam Isnin blues.


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Syarikat penerbangan mmg Sgt terkesan dgn wabak covid ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa sangka kan..kerjaya yg gah dan lumayan akan kecundang..

      Padam
  2. Ya, marilah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Kita rasa susah, ramai lagi yang lebih susah.

    BalasPadam
  3. semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan mereka yang terjejas aamiin

    BalasPadam
  4. Sedih baca diorang pakat tulis signing off tu 😣

    BalasPadam
  5. kesian pada nasib mereka yang di berhentikan kerja kerana covid nih... nak teruskan hidup nak cari kerja untuk kelansungan hidup bukan mudah... moga di permudahkan buat mereka semua

    BalasPadam
  6. Kalau kita tidak dapat banyu dari segi kebendaan,jom kita terus bantu dan sokong dengan doa kan.Allahu.

    BalasPadam
  7. Allahu.. semoga rezeki mereka akan digantikan dengan yang lebih baik

    BalasPadam
  8. Berita kehilangan pekerjaan dan diberhentikan kerja ni bukan lagi asing dalam keadaan sekarang. Semua terpaksa akur bila syarikat dah tak mampu nak bayar gaji pekerja. husband mengalami keadaan itu masa pkp awal mac aritu. Tiada kata yang boleh kita cakap melainkan berusaha untuk teruskan hidup. Semoga Allah gandakan rezeki buat kita semua..Ujian Allah ada sebabnya. Semoga kita juga menjadi manusia yang sentiasa bersyukur.

    BalasPadam