Cara print terus dokumen guna smartphone

Smartphone memang mesti selari dengan fungsinya iaitu smart ; dapat bantu memudahkan kerja termasuklah kerja-kerja berkaitan pejabat dan belajar. Kalau tak dapat bantu mudahkan kerja buat apa beli mahal-mahal ye tak.

Sekarang nak print apa-apa dokumen pun senang je boleh guna smartphone tanpa perlu sambung ke pc atau laptop.

Ini merupakan cara mudah kalau nak print dokumen/file guna smartphone je. Apa2 jenis printer pun boleh pakai termasuklah yang jenis bukan wireless. Caranya :

- Install apps NokoPrint dari Google Play. Percuma dan tidak perlu bayar apa-apa.

- Sambung smartphone ke printer guna OTG kabel. Harganya murah je boleh beli kat kedai DIY, kedai elektrik, shopee dan lazada pun ada. Harga rm2-4 lebih kurang. Beli mengikut kesesuaian telefon samada type-b atau type-c


Jenis-jenis kabel OTG

Sambung je macam biasa dan apps NokoPrint akan detect automatik printer anda.

Dalam apps NokoPrint ada option nak print jenis dan saiz macam mana cuma kena explore je.

Untuk lebih jelas boleh tengok video tutorial cara print dari telefon :


Sekarang anda dah boleh print apa-apa dokumen dengan mudah dengan guna smartphone sahaja.

Ada banyak apps lain sebenarnya untuk print tapi banyak yang berbayar dan limited fungsinya.

Setakat ni apps NokoPrint ni terbaik dan senang untuk digunakan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Terima kasih, ilmu yang bermanafat ni Cikgu Zim

    BalasPadam
  2. senang kan, good sharing cikguzim!

    BalasPadam
  3. wahhh ilmu yang sangat membantu ni... lagi lah di musim semua belajar online dari rumah

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya camne cara nak print terus daripada phone.. Terima kasih cikgu...

    BalasPadam