Minta tolong, boleh transfer duit untuk saya??

Salam semua, saya ada masalah ni. No bank saya tak cukup nak beli tiket flight. Saya kesempitan wang sekarang ni, ada beberapa ratus lagi tak cukup nak bayar ni.

Tolong transfer duit ke akaun saya 15889xxxxcx..

Demikianlah ayat yang diterima. Ayat di atas ni cuma contoh saja. Baca di bawah ni 👇

Awas! Melihat status rakan2 di fb sejak beberapa hari lepas ramai yang dah terkena ni. Ayatnya lebih kurang macam perenggan di atas malah lebih licik dan sedap lagi ayatnya.

Ada penipu atau scammer yang mengambil gambar di media sosial dan menyamar menjadi ahli keluarga. 


Kemudian dia mencari rakan dan ahli keluarga lain dengan minta tolong katanya dalam kesusahan dan minta transfer duit ke akaun.

Modus operandi mereka : 

1. Tengok gambar profile gambar dan download.

2. Cari friends dan ahli keluarga terdekat.

3. Cari friend yang ada letak no fon atau yang nombor fon direct ke link wasap dan contact.

4. Buat cerita akaun rosak, minta transfer ke akaun. Dari sini, bila tengok akaun lain, sah2 scammer.

Begitulah kelicikannya. Kawan2 yang berniaga, yang letak no fon di FB, yang join group wassap atau telegram, blog atau mana-mana tempat di internet ini, kadar kebolehcapaiannya adalah tinggi.


Demikianlah penipu atau scammer menipu.

Hati2 ya semua.
Minta tolong, boleh transfer duit untuk saya?? Minta tolong, boleh transfer duit untuk saya?? Reviewed by cikguzim on 4.10.20 Rating: 5

5 ulasan:

  1. ada2 je helah scammer jahanam ni semua

    BalasPadam
  2. Scammer ni mmg bijak dalam mencari peluang. Kita kena lebih hati2 bab2 gini. Tersilap sikit buruk padahnya..

    BalasPadam
  3. Saya pernah kena dulu. Budak perempuan mintak belanja topap sebab dah nak habis. Apa kena, kenal pun tak. Nak ajak jadi kakak-adik angkat pastu mintak topap. Memang tak la dik oiii..

    BalasPadam
  4. kita kena sentiasa berjaga2 dengan helah scammer

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.