Selsema datang lagi, alhamdulillah

Sakit itu penghapus dosa.Alhamdulillah. Dah lama tak kena selsema tahun ni dan nasib baik selsema biasa.

Memang tak selesa bila kena flu ni tambahan lagi kena selsema dengan sekali 'pakej' sakit tekak, demam ringan dan batuk.

Biasanya kalau selesema mesti ambil masa beberapa hari untuk sembuh. Memang tak selesa bila hingus meleleh sroott sreett.

Ini antara cara untuk rawat selsema tanpa makan ubat. Kalau makan ubat macam panadol soluble pun kesannya sama macam tak makan ubat. 

Rawat selsema dengan air garam :

Saya ada cuba cara ni, memang agak berkesan. Cuba baca artikel dari Public Health ini.

Sekiranya anda mengalami demam selsema (demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah.

Bagaimana ia bertindak?

Sel tubuh akan mengunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.


Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.

Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.

Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini :

-Jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.

- Risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan.

-Dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos.

-Dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik.

Secara purata, seorang individu akan menghidap deman selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.

Makanan yang mampu mengurangkan selsema :

Ini beberapa makanan yang tinggi kandungan vitamin C dan mampu untuk menyembuhkan selsema lebih cepat iaitu ; sup, teh hijau, madu, bawang putih, yogurt, oren, keledek.

Makanan ini berupaya untuk meningkatkan sistem imun dan bertindak untuk melawan virus.

Makanan yang perlu elak ketika selsema :

Terdapa beberapa jenis makanan yang perlu dielak ketika selsema untuk mengelakkan selsema itu menjadi lambat untuk sembuh antaranya : makanan bergula, produk tenusu selain yogurt, minuman berkafein tinggi seperti kopi, daging, supplement.

Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Semoga lekas sembuh cikgu zim, saya tiap kali kena selsema mesti flat habis. Benci selsema

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih...cuaca skrg ni tak menentu, kesihatan pun tak menentu.

      Padam
  2. gws cikgu, yelah akak kalau selsema pun memang sedap nya makan sup... boh lada hitam banyak-banyak memang rasa panas di dalam tapi berpeluh tu buat lega selsema tu...

    BalasPadam