Bila teringin nak makan jeruk asam boi

Melihat di pokok2 mangga sekarang ni berbunga lebat, rasa tak sabo nak buat jeruk mangga macam tahun2 lepas.

Disebabkan tak sabar punya pasal terus rasa nak buat jeruk. So saya guna buah kedondong sebagai ganti pun jadi.

Bahan buat jeruk asam boi

So inilah dia cara buat jeruk buah kedondong asam boi. Jeruk asam boi ni senang sikit nak buat sebab tak perlu bancuh2 atau masak2 air.

Bahan nak buat jeruk kedondong asam boi ni simple je. Bahan2nya :

1. Buah kedondong 1 ke 2 kg.
2. Asam boi yang masam. Elakkan guna asam yang rasa manis.
3. Cili secukup rasa. Tak guna cili pun takpe.
4. Beberapa sudu gula.

Tak perlu guna garam sebab dalam asam boi dah ada garam.

Caranya :

- Potong semua kedondong muda tadi tanpa perlu buang kulitnya. Lenguh tangan nk kupas satu persatu kulit dia!
- Campur je semua bahan tadi yang dah dipotong
- Simpan dalam peti selama 2 hari.
- Siap!

Buah kedondong yang dah dipotong tanpa perlu buang kulitnya

Campur semua bahan tadi. Lebihkan gula sikit. Nanti jeruk kita ada rasa manis, masin, masam, pedas.

Boleh tengok video tutorial buat jeruk kedondong asam boi di bawah ni. Simple jer 👇



Jom lah cuba, nanti bila mangga dah berbuah kita guna buah mangga buat banyak2 sampai penuh peti sejuk tu ye hehe.
Bila teringin nak makan jeruk asam boi Bila teringin nak makan jeruk asam boi Reviewed by cikguzim on 19.9.20 Rating: 5

10 ulasan:

  1. buat sendiri lebih banyak kan :)

    BalasPadam
  2. Wak buat guna isi rambutan
    Pun sedap

    BalasPadam
  3. terliurnya tgk ...sedap ini. suami un suka sangat asam2 gini . un kurang minat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jomla buat 1 bekas..mesti suami tambah syg hehe

      Padam
  4. Puas hati ni sebab semua bahan anggarannya boleh ikut selera sendiri.Mana nak lebihkan..mana nak kurangkan.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.