Bila bercakap pasal facebook, majoriti kita ada facebook. Boleh kata setiap masa kita akan jenguk FB kan? Tapi beza cara kita mengggunakan fb ni cuma kekerapan kita suka share dan update status je.
Ada kawan memang tak pernah up status dalam fb tapi sebenarnya dia memang wujud dan selalu tengok status2 kita yang suka update2 status ni..haha.
Pengguna facebook ni ada macam2 jenis antaranya, jom kita tengok ;
- Kerap post status sepanjang masa, asyik post dia je keluar kat newsfeed dalam 1 hari tu. Semua aktiviti dia nak cerita. Termasukla ulasan cerita2 isu semasa
- Post selang beberapa hari. Yang ni pengguna fb tahap sederhana
- Post status seminggu/sebulan sekali je. Yang ni ikut mood dia bila nak post sesuatu.
- Sangat jarang, kadang kt fb setahun sekali je kita nampak dia update status itu pun waktu hari raya je up gambar dan ucapan raya.
- Memang tak pernah up status apa-apa bertahun-tahun. Tak pernah like, tak pernah juga komen. Tapi dia ni memang selalu buka fb. Main fb cuma nak tengok status post orang sekeliling je.
Saya bukan la tergolong dalam orang yang suka menceritakan sesuatu dan up kat fb. Post ikut mood je, selalu post pasal aktiviti senaman dan larian.
Kadang bila selalu post, kita dapat menginspirasikan orang. Tak sangka juga saya selama ni buat status, ada la beberapa orang tu dia memang tak pernah like atau komen tapi bila dah lama tak buat status, orang tu siap pm tanya tak buat post ke dan tanya tips mengenai senaman. Wau rasa bangga la pulak haha. Eh bukan orang perempuan ya!
Memang betul, dalam fb ni kita tengok fb orang lain yang macam tak aktif nampak je macam dia takde tapi dia ada sebenarnya memerhatikan kita..
Tapi ada pula friend yang jenis suka busy body dan suka post pasal benda mengarut, menganalisis politik setiap masa, dll elok disingkirkan saja. Nak cerita pasal kesedihan, kekecewaan sepanjang masa di fb, orang jenis ini boleh pergi jauh2. Jauhi orang negatif. Ahahah.
Fb ni tempat santai2 sambil cari info semasa dan berita baru, ada pula jenis orang yang terlalu ambil serius dalam fb.
Kucing pun ada media sosial sekarang ni. Macam2 hal dunia ni..
Yang penting bila nak up status, up lah sesuatu yang mendatangkan manfaat elakkan isu sensitif yang boleh mendatangkan kebencian.
Kata itu doa ya walaupun hanya 1 perkataan. Post la sesuatu yang berguna untuk orang lain.
Salam Monday Blues
Catat Ulasan
10 Ulasan
dulu selalu main facebook sebab nak main game je xD time tu zaman ada game kat facebook la huhu
BalasPadamDulu ada banyak game kat fb kn..kuiz, main ternak lembu huhu nostalgia
PadamSaya pun perasan ada member yang jenis no 5 tu. Tak pernah post apa2 tapi bila saya up story kat fb/ig, member ni selalu je view story saya. Maksudnya beliau ada tapi tak aktif la tu kan..
BalasPadamKann ada yg mcm tu..Dia ada dan aktif dgn fb cuma tak pernah update apa2.
PadamCik TK jenis tak update apa2 pun kat fb. tapi masih wujud.. buka sekali sekala skroll skroll atau tengok video2 dalam tu
BalasPadamSkrg pn rasa mcm dh kurang nk update apa2 kn..buka cari info berita2 viral trbaru..info fb lebih cpat dri berita tv dh hehe
Padamorang baya2 kita selalunya masih main fb, tapi budak2 muda macam student sini, rata2 tak ada fb, untuk orang tua katanya..huhu
BalasPadamAda juga try main tiktok tapi memang tak reti, untk org muda..org dewasa masih guna fb
PadamKak Feni dulu silent reader je. Lepas join bisnes online. Upline suruh up status 20x sehari. Masa tu kita ni punyalah kejar target. Sampai satu masa Kak Feni tarik handbrake dan slow-slow kembali pada Allah. Rezeki bukan pada usaha sahaja. Haha betul fb sangat melekakan kalau kita tak pandai urus masa.
BalasPadamSy ada ramai kwn yg buat bisnes..mmg selalu mereka update status..bagus manfaatkan fb juga utk marketing bisnes..marketing free tu.
Padam