Ukuran dalam kelas, bahu ke bahu bukan meja ke meja. SOP sekolah pasca covid 19

Minggu ni di sekolah penuh dengan aktiviti susun menyusun atur mengatur serta menanda.

Ini untuk perkongsian bagi guru-guru juga. Nak tampal dan menanda kerusi meja ni perlukan sop dan panduan yang betul, kalau salah letih juga nak atur balik sebab banyak guna bahan seperti salotep kuning, merah dan peralatan seperti cat dan lain-lain.

Salotep bukan murah, 1 salotep hanya boleh guna cukup untuk menanda hingga 2-3 kerusi saja. Kalau salah kena cabut baru dan jadi membazir pula. Bila dah buat baru tahu senang ke susah nak mengatur dan menanda ni.


Menanda jalan keluar, mesti warna kuning. Ini SOP yang ditetapkan.

Beberapa panduan untuk menyusun atur dan menanda di sekolah pasca covid 19. Sebab ramai rakan guru yang tersilap menanda, yang keliru antara jarak kerusi atau meja kena 1 meter? Ada yang kata 16 murid 1 kelas, ada yang kata 20 murid 1 kelas. Yang terkini ada kata 25 murid 1 kelas. Nak menanda jalan keluar masuk kelas pakai warna apa. Ini sedikit perkongsian saya :

- Penanda jalan ke sekolah dan kelas; masuk warna merah, penanda keluar warna kuning. Rasional penanda keluar berwarna kuning supaya boleh nampak waktu malam (seperti signboard selekoh pada jalan raya)

- Ukuran 1 meter dalam kelas bukan diukur antara meja, ukur 1 meter dari body ke body. So kena ukur ikut jarak kerusi bukannya jarak meja. Kalau jarak meja memang jadi lagi kurang ruang.

- Bilangan murid dalam kelas di gunakan secara optimum boleh melebihi 20 orang dalam 1 kelas. Arahan tak boleh lebih 20 orang tidak boleh digunapakai lagi. Kalau lebih kena buka kelas dan tempat baru.

- Bilik kelas mesti ada pengudaraan yang baik.

- Meja boleh dirapatkan ke dinding.

- Kalau boleh mesti ada jalan yang berlainan untuk laluan murid berjalan dalam kawasan sekolah.

Boleh rujuk di bawah ini berkenaan panduan penjarakan sosial dan SOP terkini dalam kelas:




Update terkini : istilah yang disarankan KKM bukan lagi body to body tapi person to person atau individu ke individu.

Jom kita simplekan perkara yang boleh di simple kan. Jangan pening2.

Moga membantu dan memberi pencerahan kepada semua dengan harapan, arahan ini tidak berubah dengan cepat hehe.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Moga murid-murid boleh biasaka diri dalam situasi norma baharu ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan...tgk dalam kawasan sekolah memang ok...cuma bila dah keluar kawasan jd krikk krikk hehe

      Padam
  2. banyak persiapan yang cikgu kene buat sebelum murid-murid mulakan sekolah pertengahan bulan ini... harapnya semoga semua berjalan lancar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya sop tidak berubah lgi..penat huhu

      Padam
  3. Mcm rumit lak.. Demi kesihatan kene juga ikut SOP. Semoga si permudahkan urusan pembukaan sekolah..

    BalasPadam
  4. dalam kelas duduk jarak 1m, balik sekolah berlaga lutut dalam van, ada yang naik motor sama2 huhu.. tapi tahniah sekolah kerana tetap laksanakan SOP

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yang difikirkan kebanyakan guru..bila di luar budak2, mcm biasa la :)

      Padam
  5. Banyak persediaan yang kena buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya, bertugas jujur dan ikhlas demi bangsa dan negara

      Padam
  6. Anak KakYa yang bongsu dah start ngan orma baharu. Alhamdulillah setakat dua hari sekolah OK kata dia takde masalah. Semua patuh SOP

    BalasPadam