Asal usul nama durian musang king

Dari mana durian musang king dapat nama? Apa kaitan dengan musang? Raja dari negeri mana pula?

Jom baca megenai asal usul nama musang king...

Sejarah Durian D197 - Musang King


Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit berasal dari Tanah Merah, Kelantan, Malaysia. 

Pohon induk asalnya tumbuh di Pulau Raya, sebuah pulau ditengah tengah Sungai Kelantan berdekatan dengan Pekan Tanah Merah. 

Mengikut Chung Ting Bun dari Pulau Raya, pohon durian Raja Kunyit ditanam oleh moyangnya sekitar tahun 1800. Moyang Chung Ting Bun ialah Chung Chun Seng yang berhijrah dari Selatan Cina ke Pulau Raya pada tahun 1790. Pohon induk Raja Kunyit hidup di Pulau Raya sehingga mati dipanah petir pada tahun 1974.

Sebelum mati dipanah petir seorang peladang, Wee Chong Beng, sempat mengambil dan membiak mata tunas Raja Kunyit. Wee Chong Beng mula menanam Raja Kunyit seluas 2 hektar pada tahun 1970. 

Pada mulanya, selepas mengeluarkan hasil, Raja Kunyit hanya di pasarkan oleh Wee Chong Beng disekitar Tanah Merah dan Kota Bharu, Kelantan. Kebanyakan pembeli durian Raja Kunyit ialah kaum cina kerana rasanya yang begitu pahit. 

Pada tahun 80an durian Raja Kunyit mula ditanam oleh pekebun durian di Pahang dan Gua Musang.
Sementara itu Wee Chong Beng telah berusaha untuk mendaftarkan Raja Kunyit dengan Jabatan Pertanian Malaysia. 

Hanya selepas hampir 20 tahun, baru durian Raja Kunyit dapat didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia sebagai D197 pada tahun 1993.

Setelah kebun di Pahang dan Gua Musang mengeluarkan hasil, durian Raja Kunyit mula dipasarkan di Kuala Lumpur dan bandar bandar utama Malaysia. 

Pekebun pekebun dari Gua Musang telah menukar nama dan mempromosikan durian Raja Kunyit sebagai " Musang King". 

Dengan nama baru ini dan dengan peningkatan hasil dan kualiti buah, akhirnya durian Musang King atau Raja Kunyit menjadi begitu popular di rantau ini termasuk Singapore, Hong Kong, Brunei, China dan Indonesia.

Harga popular Durian musang king boleh mencecah sehingga RM35.00 sekilo mengikut saiz dan kualitnya. Sementara anak benihnya yang sudah ditut (khawin) juga tidak kurang RM25.00 sepokok.  - Sumber Google.

CARA TANAM POKOK DURIAN 

1. Rendam biji durian dalam air dan jemur di bawah matahari hingga kulit ia retak.

2. Kupas kulit biji durian supaya akar tunjang cepat keluar. Kalau dibiar sendiri ia akan makan masa mungkin 2-3 hari .(Cuaca lembap lagi lama)

3. Asingkan biji durian yang sudah dikupas. Rendam dalam air bersih dan jemur bawah matahari.

4. Biji berlubang keluar lendir. Suhu dan kitaran angin main peranan penting. Terlalu lama dan banyak air rendam kat biji akibat suhu air tak tukar. (Perlu air suam)

5. Pilih biji durian yang nampak sihat untuk disemai.

6. Sediakan kotak polystyrene foam. Saiz ikut pilihan sendiri. Cukup muat biji durian yang hendak disemai.

7. Sedia tanah dan tabur di dalam kotak polystyrene foam sehingga ketinggian 4 inci minimum. Seterusnya siram air supaya pasir lembap.

8. Selesai sediakan tanah sedang bolehlah (baca doa) semai biji durian. Semai biji durian yang sudah rendam 4 hingga 6 hari (akar tunjang lebih kurang 1/2 inci panjang).

(Nota: Kitaran angin dan suhu boleh menjadi biji keluar akar yang berbeza panjang).

Kredit : Rahsia Pokok Subur

Cikguzim : Serius, terliur sangat nak try musang king heheheh. Tengok rancangan TV3 tadi terus google pasal info musang ming

Tamat sudah asal usul nama durian musang king dan cara semai biji durian dengan betul. Selamat mencuba!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Good Info cikggu..baru tahu asal usul durian musang king ni :)

    BalasPadam
  2. wahhhh menarik info pasal ini, baru akak tahu nama asalnya raja kunyit... memang agak tak komersial nama tu kan

    BalasPadam
  3. Terima kasih Cikgu perkongsian.ukan hanya makan tahu juga sejarahnya.

    BalasPadam
  4. Hahaha tak tau sejarah durian Cikgu. Tahu makan jer setakat ni kikiki.

    BalasPadam