Aduhh aduhh dan aduhh. Masalah ni sebenarnya berlaku sejak hujung tahun lepas bila nak share di Facebook blog kena blok pula dan dia kata macam ni...
Bila masa melakukan konten abusive? Hishh
Sebenarnya tak pernah lagi nak share di FB, mengharapkan trafik dari Google dan SEO saja untuk blog tapi teringin la jugak nak tambah dan dapat trafik dari fb.
Bila nak share beberapa kali ke fb ingat error ke apa atau lambat dapat pos rupanya memang blog tak dapat nak share langsung sedangkan dari segi konten memang takde masalah rasanya. Kalau ada orang report pun tak patut, blog ni masih bersih dan baru aktif lebih setahun. Takde nak violate any rules and regulations ke ape.
Bila saya google rupanya masalah ni pun melanda banyak blogger lain jugak. Blog-blog saya yang lain pun takde pula masalah macam ni padahal blog-blog lain yang saya ada lagi jauh tua usianya dari blog ni. Ingatkan disebabkan masalah template ke apa tapi bila dah tukar pun tetap sama masalahnya.
Jadi setelah google dan tengok youtube tutorial cara nak unblock balik blog di FB, saya jumpa cara ni iaitu kena buat report kat FB. Kena inbox mereka bahagian teknikal.
Ada blogger yang tulis kena buat report kat Instagram juga sebab FB dan IG ni bawah satu company yang sama. Patut la blog link saya pun tak boleh letak di IG profile.
Harap blog dapat unblock balik. Tak kisah cepat atau lambat janji dapat share di FB. Kalau anda ada tips dan cara lain boleh tolong cadangkan pada bahagian komen, ya?
Harap membantu masalah saya ni 😅
Catat Ulasan
14 Ulasan
Tak pernah lagi kena block ,selalu jgk share link blog kt FB
BalasPadamharap2 xkena la block..
Untungla hehe.Share selalu takpe, rasanya blog saya ada salah setting
PadamPernah terjadi. Saya report pada fb & ig. Lepas sebulan baru selesai. Sejak tu,malas dah nak share kat fb.
BalasPadamsaya dh byk kali report kt fb tiada respond...skrg try report kt ig plak
Padammasalah betul lah kalau jadi gini yek...
BalasPadamBetul rasa kecewa sikit huhu
PadamBaru je jadi kat saya sebelum ni, memang dia block kat ig dan fb. Katanya sebab masa tu saya ada guna ruangan komen disqus. Tapi alhamdulillah dah resolve. semoga cepat resolve ya
BalasPadamyeke sbb sy rasa pn mcm ada kaitan dgn disqus ni..tapi dh buang dah
Padamyeke...ish ramai blogger yg kena ni.
BalasPadamadoi..semoga lepas ni baik2 ja la...facebook owh faceboook
BalasPadamsetakat ini, blog sy belum pernah diblok oleh fb,tapi agak kurang selesa sekarang nak share, cuma harapkan pengunjung setia la yang rajin berkunjung tiap hari
BalasPadamMoga segera selesai permasalahan ini ya.
BalasPadamJadi takut pula nak share kat fb dan ig. Ramai kena block..semoga dipermudahkan semuanya.
BalasPadamRamai blogger yang kena camni Cikgu. KakYa pon tatau camne cara nak buat. Link blog KakYa alhamdulillah takde masalah. Moga takde la terjadi gini.
BalasPadam