Universiti tempat belajar, bukan tempat cari jodoh!

Universiti memang bukan tempat cari jodoh, tetapi bila dah keluar universiti, lagi susah nak cari jodoh yang baik-baik..

Artikel yang saya ambil bersumber dari puan Atikah Shafii seorang kaunselor keluarga ini menarik untuk dibaca...

Universiti tempat yang baik berkumpulnya orang yang berjuang menuntut ilmu (jami'ah : tempat berkumpulnya ulama' dan ilmu Allah), maka di sana ada orang yang baik-baik untuk kita cari dan usaha jadikan jodoh..

Saya secara peribadi, amatlah menggalakkan pelajar universiti ni manfaatkan peluang cari jodoh dalam waktu belajar lagi. Sebab apabila dah keluar, amatlah terhad nak ada peluang untuk kenal siapa orang tu secara mendalam. 

Cuma apabila matlamat tak jelas, langgar syariat, pergi dating sana sini, pegang tangan itu dan ini, maka ke manalah perginya nilai yang baik itu? Bercinta dan seronok yang dijadikan matlamat, maka terabailah pelajaran. Baca buku dengan pergi 'dating', memang 'dating' lah lagi best kalau difikirkan sebegitu..! 😝

So, be professional. Dah ada 'target' siapa kita suka, pergi uruskan dengan baik, letak matlamat untuk pernikahan, dah tahun-tahun akhir tu, boleh mula uruskan dengan lebih serius. Yang penting urus rasa hati tu dengan matang, tak payah tergedik-gedik haha, sorrylah ya..

Cuma kalau dah jumpa calon dari universiti ni, jangan 'expect' habis belajar terus nak kahwin (terutama orang perempuan). Banyak persediaan yang perlu dibuat sebenarnya. 

Yang penting, mintalah petunjuk Allah, kamu jaga Allah, Allah jaga jodoh kamu. Kamu cabar kemurkaan Allah dengan perhubungan maksiat kamu, maka kemurkaan Allahlah yang kamu akan dapat..

Btw, kita usaha je di mana-mana pun, Allah jugalah yang Maha Tahu di mana jodoh kita berada😊

Cikguzim : Ya, mana lagi nak cari jodoh kalau bukan waktu belajar. Kalau dah kerja nanti masa dan peluang agak 'terhad'. Sebab itu jodoh saya pun dapat masa belajar di universiti. 

UIAM, tempat saya belajar mencari ilmu dan bertemu jodoh.

Jodoh saya dekat pula tu, satu daerah. Sebab tu kalau nak cari kena buat pilihan masa belajar, banyak pilihan available. Alhamdulillah nak balik raya pun senang hehe.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Betul tu, samalah, exclassmate ku suamiku hehe

    BalasPadam
  2. menyesal x ikut tips ini, org ngorat daku lari masa kt U, last2 jumpa jodoh lewat.... hehehe

    BalasPadam
  3. lecturer saya pun ada pesan cari jodoh time kat U, saya pula dah kenal suami sblum masuk Univ,cuma final year di universiti barulah kami lebih serius, sebelum tu belajar dulu dan kawan sahaja:)

    BalasPadam
  4. Budak U cari budak U
    Budak kampung carilah budak kampung

    BalasPadam
  5. sy x jumpa jodoh masa belajar. cuma kwn2 gitu je sbb sy budak jjurus. bila dah kerja n ada duit sendiri barulah berani bercinta secara serius...

    BalasPadam
  6. Menuntut ilmu itu utama jodoh itu hadiah dan bonus bak kata kawan-kawan PC.

    BalasPadam
  7. Betul tu...skrg ni kat sekolah pun dh sibuk nak berkapel

    BalasPadam
  8. Ada betulnya, saya setuju, cuma mcm cikgu cakapla, jgn sampai tersasar..sbb org muda kan, akal tak dpt mengalahkan nafsu.
    Trmkasih atas kunjungan cikgu..saya balas kunjung ye

    BalasPadam
  9. Kalau dah kerja baru nak cari jodoh takut dapat laki orang pulak.Hahah..

    BalasPadam
  10. Ada beberapa kawan saya yang jumpa jodoh masa kat U (antaranya dengan senior sama course). Diorang kahwin masa study, sekarang (beberapa tahun kemudian) jumpa balik dah ada beberapa orang anak dah.

    BalasPadam