Susah sangat ke nak ikat sampah?

Ketika kita sedang lena tidur selalu kedengaran bunyi lori depan rumah dalam jam yang tak tentu masa kadang jam 4 pagi, kadang 6 pagi, kadang jam 2 pagi pun ada.

Merekalah abang-abang tukang kutip sampah. Bila kita sebut frontliner, yang biasa terbayang adalah doktor, nurse, polis, bomba, cleaner tapi tukang kutip sampah pun adalah frontliner juga. Waktu PKP bermula mereka tak pernah bercuti dan berehat stay at home.

Kalau takde mereka maka bertimbun la sampah di sekitar kita. Mereka juga terdedah dengan kekotoran dan kuman namun memang itulah kerja mereka. Ia kerja yang halal dan mulia juga.

Tapi kenapa bila ada antara kita yang buang sampah sambil lewa? Maksudnya buang sampah sembarangan merata-rata lepas tu bila buang ke dalam tong sampah dalam jumlah yang banyak, sampah tu tak diikat kemas. Akibatnya sampah tu bila diangkat akan bertaburan. 

Jangan buat macam ni. Tak ikat kemas sampah dalam plastik.

Ini akan menyusahkan kerja abang2 pengangkat sampah ni. Biasa saya tengok pagi-pagi tepi jalan sampah kecil bertaburan tepi jalan. Pengangkat sampah ni perlu kejar trip juga untuk angkat sampah di tempat lain mana ada masa nak kutip sampah kecil yang bertebaran tuh.

Amalkan macam ni, sampah diikat kemas sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah. 

So amalkan la mengikat plastik sampah yang terkumpul tu dengan kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Tak rugi pun ikat dengan kemas. Bau pun kurang dan tak di kacau haiwan liar macam anjing.

Amalkan juga pengasingan sampah ikut kategori. Nanti mudah untuk dikitar semula.

Dan yang paling penting jangan buang sampah merata-rata. Nak maju kena ubah sikap. Hidup ni mudah kalau kita mudahkan kerja orang, satu hari nanti kita akan dapat balasannya dengan orang permudahkan kerja kita. 🙂

11 ulasan:

  1. setuju tu, kadang pelik macamne jenis orang yang buang sampah asal boleh semua humban lepas tu habis berterabur dalam tong sampah besar tu... kan susah kerja orang pengangkut sampah tu nanti

    BalasPadam
  2. nak buat macam mana. segalanya bermula dari rumah.
    lets educate and show our kids the good example.

    BalasPadam
  3. Betul sangat-sangat.Lancarkan kerja orang inshaAllah kerja-kerja kita uga lancar nanti.

    BalasPadam
  4. tah tuu . kesian tau kat orang yang kutip sampah tuu

    BalasPadam
  5. Kalau di rumah sy, lori sampah lalu dua atau tiga kali seminggu tapi pukul 8 pagi cam tu. KIta pakai tong hijau tu dorang tarik dan terus sangkut pada lori untuk dituang ke dalam lori, kalau sampah tak berikat memang bertaburan la dalam lori tu, tu yg terbang2 keluar bila lori gerak laju.

    BalasPadam
  6. Betul tu...yang lagi pening ada manusia yang tak guna plastik pun..Pakai campak je dalam tong tu

    BalasPadam
  7. betul tu...benda seang tak ramai boleh buat.

    BalasPadam
  8. Semua berasal dari kebiasaan sejak kecil. Seharusnya sedari kecil setiap anak diberikan contoh membuang sampah pada tempatnya.

    BalasPadam
  9. betul bukan susah pun nk buang smpah pada tempatnya,
    shida juga jenis xboleh tgk smpah merata2 kdg2 kutip buang..
    sampah kat rumah pun mesti ikat..bkn apa sng utk org yg duty angkat sampah nnt xla terburai jadinya nnt sebab x ikat ^_^

    BalasPadam
  10. semoga dipermudahkan urusan kita semua.. :p

    BalasPadam
  11. kan. cikla paling pantang org tak reti nk ikat plastik sampah tu. rasa mcm nk seligi je. hihi

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.