Servis kereta di hari minggu. Servis jugak walaupun tak sampai 100km berjalan sepanjang PKP

Assalamualaikum salam hari minggu. Aktiviti hari minggu hari ni bawa kereta pergi servis, mana la tahu minggu depan nak pergi jalan-jalan. Jeles tengok orang dah pergi merata sejak PKPP. Dari awal PKP memang bawak kereta dalam kawasan je dari last servis ke servis hari ni kilometer tak sampai pun 100km dalam masa 3 bulan ni. 

Social distancing di kedai servis center. Ramai pilih duduk luar je. Bagus2.

Servis kereta kena ikut jadual ikut yang dia tampal kat cermin tu whichever comes first. Kalau dah cukup bulan walaupun tak cukup km mesti kena servis kalau sayang kereta tu huhu. Kereta kan nak pakai lama. Sayangilah kereta seperti sayang diri sendiri.


Banyak juga kena cas tadi macam-macam kena tukar macam brake-pad. Maklum kereta dah lama, sikit lagi tunggu nak habis bayar je. Kalau nak servis dan tukar alat ganti ni memang kena invest barang ori, puas hati dan keselamatan tu insyallah terjamin.

Wajib kena pakai kalau tak, nangis kena patah balik walaupun dekat haha.

Kalau pilih nak servis kereta di service center atau kedai kereta biasa? Saya suka pergi service center je walaupun cas dia lebih. Alah lebih sikit je lagipun service center Toyota ni dia punya inspection menyeluruh dan servis tip top jugak la. Bukan murah beli kereta huhu.

Dah servis kereta belum? Pastikan kereta dah selenggara dengan baik ok. Tengok dalam berita TV3 tadi kereta makin banyak tapi trafik lancar. Jangan kau pergi speeding kat lebuhraya sudah.

Selamat merentas negeri dan bercuti. Pandu hati-hati!




Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Ummi pn klu boleh suke pergi serbis centre.. semua die cek.klu baiki barang semua ori.. haha..tp klu husben n abah, suke g kedai bese2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau org laki biasanya mmg ramai pergi kedai biasa sbb memang tahu selok belok permotoran dan boleh pilih brg sndiri. Kalau servis center ni staf yg tlongkan.

      Padam
  2. saya tak pandai bab kereta ni..bawa pun terkial-kial lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih selamat tu bawa perlahan2..lama nnti jd biasa

      Padam
  3. Assalamualaikum cikgu. Saya tak servis pun lepas PKP tu. Biasanya saya akan servis bila sampai masa. Saya pun akan pilih servis centre.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..Sentiasa servis kereta ikut masa yang ditetapkan. Terbaik SS 👍

      Padam
  4. sy pergi servis biasanya ikut masa yg ditetapkan... atau bila nak gerak g jalan jauh, at least pergi cek dulu sebab sy pun tak reti sangat pasal kereta ni. pandai bawak saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jln jauh kena cek betul2 terutama tayar, kadang lupa tayar masih belum expired atau dah botak 😅

      Padam
  5. saya pun akan pergi servis centre, ngam2 seminggu sebelum pkp servis kereta ikut jadual lagipun sebab rasa nak jejalan masak sekolah cuti, sekali pkp semua duk rmh je lah termasuk kereta yg diguna tuk pergi balik kerja ja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak bergerak kereta bimbang juga kalau dah jalan ke mana2 bateri pula kong huhu..elok pergi servis center diorg cek juga bateri

      Padam
  6. kalo mak saya suka sngt tunggu km tu cukup haul..
    oh no saya ikut tarikh.. mmg kena paksa gitu n yes kalo syg kete..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kena ikut yang mana datang dulu samada km atau tarikh next service..sebab minyak hitam akan jadi cair atau likat nanti boleh bawa kerosakan lain pada kete

      Padam
  7. Nak menunggu tu yang tak sanggup

    BalasPadam