Assalamualaikum salam hari minggu. Aktiviti hari minggu hari ni bawa kereta pergi servis, mana la tahu minggu depan nak pergi jalan-jalan. Jeles tengok orang dah pergi merata sejak PKPP. Dari awal PKP memang bawak kereta dalam kawasan je dari last servis ke servis hari ni kilometer tak sampai pun 100km dalam masa 3 bulan ni. 

Social distancing di kedai servis center. Ramai pilih duduk luar je. Bagus2.

Servis kereta kena ikut jadual ikut yang dia tampal kat cermin tu whichever comes first. Kalau dah cukup bulan walaupun tak cukup km mesti kena servis kalau sayang kereta tu huhu. Kereta kan nak pakai lama. Sayangilah kereta seperti sayang diri sendiri.


Banyak juga kena cas tadi macam-macam kena tukar macam brake-pad. Maklum kereta dah lama, sikit lagi tunggu nak habis bayar je. Kalau nak servis dan tukar alat ganti ni memang kena invest barang ori, puas hati dan keselamatan tu insyallah terjamin.

Wajib kena pakai kalau tak, nangis kena patah balik walaupun dekat haha.

Kalau pilih nak servis kereta di service center atau kedai kereta biasa? Saya suka pergi service center je walaupun cas dia lebih. Alah lebih sikit je lagipun service center Toyota ni dia punya inspection menyeluruh dan servis tip top jugak la. Bukan murah beli kereta huhu.

Dah servis kereta belum? Pastikan kereta dah selenggara dengan baik ok. Tengok dalam berita TV3 tadi kereta makin banyak tapi trafik lancar. Jangan kau pergi speeding kat lebuhraya sudah.

Selamat merentas negeri dan bercuti. Pandu hati-hati!