Sekolah dibuka pada Rabu 24 Jun 2020

Info dari sidang media KPM petang tadi mengumumkan sekolah bakal dibuka pada 24 Jun 2020, dibuka untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STOM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa setara bagi seluruh Malaysia.

Bagi kelas lain pembelajaran online masih diteruskan macam biasa. Samada guru kelas lain perlu kembali ke sekolah kena tunggu arahan. 


Hanya murid dan guru yang sihat saja boleh pergi ke sekolah. Pemeriksaan suhu akan dilakukan di pintu masuk sekolah, suhu 37.5 ke atas tidak dibenarkan masuk.

Garis panduan untuk pengurusan di sekolah boleh dimuat turun dari www.moe.gov.my

Terima kasih juga kepada kerajaan kerana masih bagi data free 1gb setiap hari, mudah lah bagi murid dan ibu bapa nak terima tugasan online dari cikgu. Walaupun yang respons pun suam-suam kuku. Cikgu tetap harap sebelum semua kelas normal dibuka macam biasa, murid semua terus dapat ulangkaji sendiri dan baca buku.



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Assalamualaikum. Selamat kembali ke sekolah cikgu. Sempat laa para cikgu membuat persiapan fizikal n mental sebelum masuk sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm SS..betul tu lagipun sekolah rendah belum buka lagi, byk persediaan kena buat

      Padam
  2. Sekolah rendah masih sunyi lagilah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan nak ke sekolah pun entah ingat lagi ke tak sy ni hehehe

      Padam
  3. Anak-anak buah PC dah tak sabar nak pergi sekolah.Rindu cikgu dengan kawan-kawan katanya.Bila ibunya kata belum boleh terus merajuk.

    BalasPadam
  4. semoga murid-murid semua
    dan guru2 sihat2 belaka
    exam dah dekat ni
    good luck anak-anak....

    BalasPadam
  5. cikgu cikguu da rindu sekolah juga sebenarnya kan
    tak sabarrr nak p sekolah balik !!

    BalasPadam