Sekarang masa terbaik untuk beli rumah. Ini antara persediaan untuk beli rumah pertama

Harga rumah dan hartanah dijangka agak turun selari dengan keadaan ekonomi negata sekarang ni. Haa sekarang ni la masa nak beli rumah. Jangan tangguh lagi.

Alhamdulillah saya dah pun beli sebuah rumah pada tahun 2016 di Temerloh dan rumah tu dalam taman dam berdekatan sangat dengan bandar. Nak balik kampung rumah mak pun dekat je, rumah mertua lagi dekat sebab sebelah taman je hehe.

Saya belum duduk lagi rumah tu baru sewakan je. Hartanah ni adalah pelaburan jangka panjang dan value biasanya akan terus naik masa akan datang.

Sekarang masa terbaik untuk beli hartanah termasuk rumah. Betul tu, harga tanah dan rumah ada penurunan sekarang. Sumber berita TV3 18/6/2020

Ikuti beberapa tips ni dan persediaan untuk beli rumah. Jika dah konfiden fizikal dan mental beli je...

Sebelum beli rumah, apa yang kita kena tahu atau buat? 

1. Mula-mula sekali buat dulu rekod dengan bank. Boleh apply kad kredit. 

Yela kita baru kerja, bank tak kenal kita. Ni la cara kita nak cipta rekod dengan bank.

Tak payah pakai pun kad tu. Korang simpan je. Boleh pakai kad tu tanpa kena apa2 faedah. 

2. Lepas tu kita kena laa tahu kos2 beli rumah. Deposit, kos lawyer, stamp duti. 

Sediakan dalam 15% dari harga rumah tu. Ada cara untuk kurangkan kos semua tu tapi yang penting sediakan dulu. 

Beli rumah baru mungkin kos tadi tu murah tapi harga rumah pula biasanya mahal. 

3. Kos dah tahu. Korang cari pula rumah. Tempat, harga, market sewa, target penyewa. Semua ni boleh belajar. 

Ambil masa beberapa bulan sebelum beli untuk survey dan belajar. 

Kena usaha sikit bukan selalu beli rumah kan. Salah beli merana pula nanti. 

4. Dokumen-dokumen nak beli rumah pun kena tahu dan sediakan. Check juga kelayakan pinjaman rumah, setiap bank lain-lain. 

5. Jangan buat hutang2 lain yang tak perlu. Walaupun kereta yang murah, mungkin buat kita tak lepas beli rumah. Terutama untuk yang gaji kecil. 

6. Jaga rekod pembayaran hutang. Check ccris, percuma. Check CTOS, RAMCI untuk scoring, ni kena bayar sikit.  

7. Kos untuk setup rumah pun ada juga. Ada juga unit yang saya sewakan tanpa apa2 perabut, basic unit je. 

Sekarang penyewa banyak pilihan, korang pula nak kena compete dengan owner lain. 

Tapi bergantung pada saiz rumah dengan barang2 yang kau nak masukkan nanti. Survey dan kira kos betul2. Unit saya ni seminggu je dah dapat penyewa. 

8. Last sekali, jangan beli sebab ikut orang, tanpa ilmu atau guide. Sesuaikan dengan diri kita. Nak kumpul deposit bukan mudah tapi boleh kalau kita konsisten. 

Nak beli rumah ni memang banyak persediaan dan agak leceh sikit rasa tapi sekali tu je lah berkorban sikit ke sana sini nak buat urusan pembelian. 

Bila dah beli ada kos lain juga iaitu kos nak buat grill, pasang elektrik dan air dll. Semua ni boleh cecah hampir 10k juga. Tapi boleh buat slow-slow.

Moga rakan dimurahkan rezeki beli rumah cantik2.. Ameen..


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Harapnya yang belum lagi pernah beli rumah, ambil kesempatan ni :)

    BalasPadam
  2. amin
    doakan saya dapat kumpul deposit rumah cepat

    BalasPadam
  3. Kereta pun tengah turun harga ni

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian.. belum mampu lagi nak beli rumah.. pendapatan pun terjejas juga

    BalasPadam
  5. Harga rumah semakin meningkat..Tak rugi kalau beli

    BalasPadam
  6. abe kie bila balik kelate baru buat rumah. rasanya slps 10 thn keja dpt la merasa dok umah sendiri.

    BalasPadam
  7. tgk berita macam ni memang best rasanya. tapi bila survey harga mcm masih sama je. yg menyedihkan yg dah beli pun rumah masih tak siap dan lambat dari tempoh. lagi menyedihkan bila developer mcm xnak layan sangat pertanyaan pembeli.. ermmm..

    BalasPadam