Since ramai rakyat marhaen persoalkan untung rugi ambil insuran/takaful. Jom layan posting ni agar lebih faham kepentingan Insurans/Takaful.
Kenapa pentingnya kita perlu ambil insurans? Tuah dan musibah boleh menimpa sesiapa sahaja - berkemampuan atau tidak, tua atau muda, tidak kira waktu dan tempat.
Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu atau sebuah organisasi kepada syarikat insurans. Individu atau organisasi terbabit akan menjadi pemegang polisi.
Contoh 1 :
Awak kemalangan, kereta remuk habis, silap2 total loss. Awak guna duit insurans untuk claim.
Contoh 2 :
Awak guna perkhidmatan sebuah syarikat. Terjadi musibah yang tak diingini. Awak boleh tuntut ganti rugi.
Contoh 3 :
Awak ada sebiji rumah yang hutangnya RM300K. Awak meninggal dunia, baki loan tersebut diselesaikan.
Contoh 4 :
Awak bekerja gaji RM3000 sebulan. Awak lumpuh tak dapat bekerja. Dapat pampasan pastu awak gunakan untuk pelaburan dan duit bekerja untuk awak.
Comtoh 5 :
Awak kena penyakit jantung berlubang. Perlukan operation segera. Kos hospital dalam RM80K kad medikal takaful digunakan.
Mudah kan?
Jadi kat bahagian contoh mana anda rasa merugikan? Jawapannya tidak rugi ambil insurans.
Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada pemegang polisi dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada pemegang polisi tu.
Takaful pula mempunyai prinsip asas sama, namun ditambah baik daripada insurans bagi memenuhi keperluan produk mengikut peraturan digariskan Syariah.
Insurans dan takaful dilihat sebagai cara mengurangkan kos rawatan kesihatan masa kini. Ia memberi sokongan kewangan yang amat diperlukan ketika waktu kecemasan.
Perlindungan kewangan adalah instrumen penting dalam merancang kewangan jangka masa panjang. Perlindungan kewangan melindungi diri daripada musibah yang tidak dijangka.
Saja berkongsi mengenai kepentingan insurans sebab sejak akhir-akhir ni musibah, penyakit dan bencana ni suatu yang sukar dijangka akan berlaku. Merancanglah untuk masa depan diri dan orang tersayang....
Catat Ulasan
5 Ulasan
Betul.. kos perubatan semakin meningkat
BalasPadamInsyaallah tak rugi ambil insurans ni
BalasPadammemang perlu ambil perlindungan insurans ni
BalasPadamSaya beli takaful utk diri sendiri n keluarga..
BalasPadambetul tu..
BalasPadam