Makanan yang membantu kita untuk kurus

Bulan puasa selain bulan beribadat, bulan yang latih diri kita untuk mendisiplinkan diri dari semuansegi termasuk pemakanan. Kalau waktu berbuka makan seadanya boleh bantu untuk kuruskan badan.

Yang penting jangan makan berlebih makanan berlemak, manis , bergaram dan berminyak. Makan dengan kassr sederhana dan sihat.

Cuma saya bila masuk bulan puasa jarang dapat diet dan aktiviti senaman dihentikan, cuma buat  senaman bodyweight sikit kasi peluh keluar sikit dah cukup


Ini antara makanan yang membantu anda untuk kawal berat badan dan juga boleh bantu untuk kurus. Semua bermanfaat tapi jangan pula ambil berlebihan..

Ini Cristian Bale punya transformasi kurus kering, gemuk, sado, kurus balik, fit perghhh. Tapi ia tidak bagus untuk badan. Keep maintaining your body.

1. Tuna
Ikan tuna kaya dengan asid lemak omega-3, yang berperanan untuk merangsang penghasilan leptin. Leptin adalah hormon yang meningkatkan perasaan kenyang (triknya supaya anda cepat berhenti makan).

Selain tuna, ikan salmon, makerel dan sardin pun sumber yang bagus juga. Sama ada dibuat inti sandwic atau dimasukkan ke dalam salad.

2. Limau Gedang
Mengandungi naringenin, sejenis antioksidan yang dipercayai dapat bantu tubuh gunakan insulin dengan lebih efisien – mengekalkan paras glukosa darah normal dan meningkatkan pembakaran kalori.

3. Rolled Oats
Antara makanan popular yang lambatkan rasa lapar sebab makanan bijirin penuh begini perlukan banyak tenaga untuk dicernakan, jadi tubuh akan bakar lebih kalori bila oat ini dimakan.

4. Teh Hijau
Teh hijau mengandungi epigallocatechin yang merangsang sistem saraf tanpa meningkatkan kadar denyutan jantung. Dipercayai dengan meminum teh hijau disertai amalan senaman mampu membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang bersenam tanpa meminum teh hijau. Tapi elakkan mengambil shake teh hijau dengan krim atau gula berlebihan, itu dah tambah lagi banyak kalori!

5. Cili
Bahan kimia yang dikenali sebagai capsaicin yang terdapat pada cili dikatakan dapat membakar kalori. Menurut kajian, hidangan pedas mampu tingkatkan metabolisme hingga 25% selama 3 jam selepas makan. Best kan? Bolehlah amalkan dengan menambah satu sudu cili hiris ke dalam hidangan sekali sehari.

6. Air
Kalau nak tahu, bila badan kurang air, metabolisme pun boleh menurun. Jadi minum lebih air terutamanya air putih. Selain mengekalkan hidrasi badan, proses penghadaman juga berjalan lancar. Satu tip yang menarik, minum air sejuk kerana badan akan terpaksa menggunakan lebih banyak kalori untuk memanaskannya. Minum air secukupnya untuk kurus ya.

7. Kopi
Suatu kajian mengatakan purata kadar metabolik mereka yang meminum kopi berkafein adalah 16% lebih tinggi berbanding mereka yang meminum kopi tanpa kafein. Jadi, bolehlah teruskan minum kopi untuk bakar lemak. Kalau dapat minum kopi o panas, sedap ni kan.
Makanan yang membantu kita untuk kurus Makanan yang membantu kita untuk kurus Reviewed by cikguzim on 8.5.20 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Boleh kurus minum kopi..selalu minum teh hijau ..terbaik cikgu Zim

    BalasPadam
  2. 1 makan wajib yang betul-betul boleh buat orang kurus - exercise

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.