Jangan tinggalkan hand sanitizer dalam kereta, boleh akibatkan kebakaran

Tinggalkan je hand sanitizer dalam kereta nanti senang nak guna, leceh nak kena ambil nak kena simpan. Haa sapa yang selalu  buat macam ni?? Bahaya sebenarnya tinggalkan hand sanitizer dalam kereta sebab boleh meletup dan cetus kebakaran sebab hand sanitizer ada alkohol.

Saya ambil artikel yang dikongsi dalam fb sebagai peringatan untuk tidak simpan atau biarkan je hand sanitizer dalam kereta. Tambah2 lagi cuaca panas di Malaysia ni memang bahaya simpan sesuatu yang boleh sebabkan kebakaran kereta.

Elak Tinggalkan ‘Hand Sanitizer’ Dalam Kereta, Bomba Western Lake Jelaskan Bahaya Menanti..


Jabatan bomba Western Lake Oconomowoc di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) dalam satu perkongsian di akaun Facebooknya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meninggalkan cecair pembasmi kuman di dalam kenderaan ketika cuaca panas.

Dengan tercetusnya wabak pandemik Covid-19 ini, pasti ramai di antara kita yang akan menyimpan cecair pembasmi kuman ini sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus maut ini.

Menurut perkongsian tersebut, cecair yang secara asasnya mengandungi alkohol itu sangat mudah terbakar sekiranya didedahkan kepada cuaca panas dan punca api seperti menghisap rokok dan sebagainya.

Justeru daripada itu, sekiranya ia diletakkan di dalam kereta, kemungkinan untuk kereta anda ditimpa kejadian yang tak diingini seperti gambar yang dikongsikan oleh jabatan bomba tersebut adalah tinggi.
Secara asasnya, kebanyakan cecair sanitasi tangan mengandungi alkohol dan disebabkan itulah ianya mudah untuk terbakar. Dengan menyimpannya di dalam kereta anda semasa cuaca panas serta mendedahkannya pada cahaya matahari akan menyebabkan cahaya tersebut menembusi botol itu.

“Dan sekiranya ianya didedahkan pada punca api seperti merokok di dalam kereta atau memanggang ketika dihujung minggu boleh menyebabkan berlakukan kejadian yang tak diingini.”

Sumber: Western Lakes Fire District

Sumber : https://siakapkeli.my/2020/05/22/elak-tinggalkan-hand-sanitizer-dalam-kereta-bomba-western-lake-jelaskan-bahaya-menanti/

Selain dari hand sanitizer, benda lain macam air mineral, spray pun tak boleh di simpan dalam kereta untuk elak berlaku kejadian tak diingini.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. oh okay. I gotta take mine out from my car.

    BalasPadam
  2. Bagi kaum hawa pun kena berhati-hati bila dah pakai sanitizer..cuci semula tangan lebih-lebih lagi bila nak memasak..sebab terdedah dengan api dapur gas kan..

    BalasPadam
  3. Alamak.bahayanya.. ok mama.ingat

    BalasPadam