Covid 19 di Indonesia, frontliners sudah give up? Doa yang baik-baik aja

Apa khabar saudara sesama Islamku di Indonesia harap baik-baik saja dalam suasana hari raya ini...

Telah tersebar banyak video waktu covid 19 ni rakyat  di Indonesia banyak yang tak patuh arahan pemerintah, ingkar arahan, polis pun dorang lawan, jalan ditutup pun selamber je dorang bukak. Bile polis ambik tindakan, polis tu pula yang dikecam, dorang 100% berserah dekat Allah, namun iyalah dalam berserah kena ada usaha, baru Allah bantu..

Banyak video dah saya tengok. Saya hanya mampu geleng kepala. Degil nauzubillah. Bila pihak medic kene jangkitan. Ada pula yang kata 'sape suruh kerja bahagian medic'. 'Orang medic ni cuma tahu mengeluh je, kalau dah penat. Tak payah lah kerja. Dok rumah aje'. Buat apa pun langsung ramai tak nak dengar kata. Kesian weh. Kesian sgt. Mulut saya nk cakap 'jangan mengalah, semoga sihat' dalam komen-komen di media macam fb dan ig pun macam tiada respons.

Sejak Covid 19 dikesan di Indonesia awal Mac 2019, ramai yang dah terjejas, 2.8 juta rakyat hilang kerja. Doktor juga ramai dijangkiti dan meninggal dunia. 

Jika tiada frontliners, siapa lagi orang nak tolong

Salahkan kerajaan tapi masih boleh pergi mall, shopping baju raya. Kedai tutup lampu tapi masih banyak pembeli dalam kedai. Terpusu2 masuk. Tak jaga jarak. Itu sebab ramai frontliners Indonesia melancarkan hashtag #indonesia?Terserah!! Maksudnya ada frontliners yang dah give up dan tak tau nak buat macam mana dah.

Nak nasihat macam mane lagi? Mampu geleng kepala je la. Subhanallah.


Jadi kita sebagai rakyat tak kira apa negara  perlu bekerjasama bersama frontliner untuk mengekang penyebaran covid19, jika rakyat tidak menghiraukan musibah covid 19, maka negara itu akan musnah.

Covid ni dijangka akan berada bersama kita dalam tempoh yang lama. Tapi itu semua jangkaan manusia. Vaksin belum ada lagi tapi potensi untuk sembuh tu ada. Sebelum kena kita kena cegah, Insyallah 1 hari nanti virus akan lenyap macam virus MERS, SARS, selsema burung dll. Semua ada pengakhirannya..

Jangan putus asa guys, anda semua hero, rakyat Indonesia harus kuat dan bekerjasama dalam membendung wabak C19 ni. Semoga Indonesia Malaysia berjaya. 

Selamat negara Indonesia dan Malaysia dilindungi oleh Allah dari segala kesusahan dan malapetaka. Aamin 

9 ulasan:

  1. Semoga Indonesia dan Malaysia berjaya

    BalasPadam
  2. Semoga wabak ini cepat berakhir..

    BalasPadam
  3. tengok juga video2 tu, kesian frontliner. harap mereka tak menyerah sebab masih ramai juga yg patuh

    BalasPadam
  4. Kita perlu menang memerangi mereka (wabak c19)

    BalasPadam
  5. Bila tak terjadi pada diri, begitulah.
    Moga kita semua terlindung dari covid19.
    Amin.

    BalasPadam
  6. Kesiannya Frontliner Kat Sana mesti Friday semoga terbuka hatindiorg nak patuhi sop

    BalasPadam
  7. semoga diberikan kekuatan dan perlindungan dariNya buat semua frontliners negara..

    BalasPadam
  8. Semoga frontliner mereka kuat, rakyat bg kerjasama, n semoga virus ini cepat lenyap

    BalasPadam
  9. Harap2 dua negara pulih sepenuh dari wabak...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.