Orang sekeliling tahu ke anda ada blog??
Nak sembang santai je hari minggu ni sambil cari idea nak update blog, bosan buka ig fb semua cerita pasal covid dan politik. Nak tanya blogger sekalian, orang sekeliling tahu ke anda ada blog?? Rakan terdekat, jiran, rakan sekerja, sedara mara ada baca blog anda ke?
Kalau blog saya ni walaupun majoriti pageviews sehari sekarang purata 8k, saya yakin semua di atas tak tahu saya ada blog kecuali la isteri sahaja. Itu pun dia tak ambil tahu sangat pasal blog. Ada orang lebih selesa update cerita di fb atau ig. Tapi blog masih lagi relevan sebagai tempat untuk sebar info yang lebih luas berbanding share di fb lain la kalau kita orang femes. Share di blog, mudah keluar di carian enjin google berdasarkan niche yang ditulis.
Kau tulis blog sapa nak baca?
Kadang persoalan macam ni timbul bila nak menulis....
Memang sasaran penulisan blog ni untuk share ilmu ke tempat yang lebih luas ke semua peringkat umur, tak kira budaya, negara, bukan orang terdekat je. Silap-silap orang femes macam Siti Nurhaliza dan Perdana Menteri pun boleh baca blog kau hehehe.
Sebab tu saya tak pernah share link blog ke mana2 akaun media sosial saya. Bukan sebab segan ke apa, saja malas dan kalau share trafik naik bersifat sementara je.
10 tahun dulu waktu memang aktif juga update blog kt blog lama, ada juga orang boleh terjumpa blog saya...
"eh ini blog cikgu kan?"
"best la blog cikgu ada banyak info"
"haritu cari info pasal ini itu, terjumpa blog cikgu la"
.....Saya senyum je, tapi blog tu dah tak update lama dah tapi tetap boleh dibaca dan diakses sampai hari ni.
Beza tulis blog 10 tahun dulu memang banyak bezanya. Ramai yang aktif 10 tahun dulu dah berubah arah ke ig twitter dan fb. Tapi bagi saya blog lagi senang nak simpan kenangan macam gambar, video, nak tulis panjang2, nota berguna. Nak skrol timeline fb memang puaih la lenguh jari.
Sebab tu lebih selesa untuk menulis blog tanpa dikenali orang terdekat, kalau orang terdekat ada tahu senyum je laa bukan blogger femes pun hahaha
Teruskan menulis untuk manfaat, insyaAllah hidup berkat....
Catat Ulasan
16 Ulasan
comelny Abdul Mateen...
BalasPadamTq hehe
PadamOrang sekeliling x tau saya ada blog. Malulah. Stranger baca xpe
BalasPadamKdg ada perasaan mcm tu kan
PadamMula-mula berblog, suami pun tak tahu.Tapi saya share jugak akhirnya yang saya ada blog.Kawan-kawan di sekolah dan family terdekat semua tahu sy ada blog, tapi sy happy sebab depa akses blog saya utk dapat resepi, jadi dah mudah tugas saya.Kalau saya masak apa2, depa boleh cari terus kat blog.Sebenarnya, lagi best kalau kawan atau family tak tahu kita ada blog, haha.low profile je.
BalasPadamTeruskan share info dan resepi masakan cik matahariku..good info
PadamDulu org tak tahu sy ada blog... lepas dah decide utk jadi fulltime blogger sy beranikan diri utk share blog sy di media sosial.. Malu mmg malu jugalah tp nak malu apa kalau kita share benda baik hehe..
BalasPadamIya benda baik dan berpahala hehe
PadamComelnya Abdul Mateen.
BalasPadamSo far,rasanya abang saya tahu la kewujudan blog saya. sebab dia google pasal apa entah so google keluarlah link ke blog saya. Ikutkan saya selesa kalau tak ada yang tahu. tapi tak apalah,nak buat macam mana,tak ada benda yg tak elok,tak kisah sangat. hehe
ada cerita dekat kawan pun,mostly tak kisah sangat,sebab ramai tak suka membaca. huhu
Mostly mmg strnger yg baca kan tpi bila org trdekat yg jumpa blog kt tu snyum je lah hehe
PadamW'salam Cikgu.
BalasPadamSaya masih dalam proses promosi blog saya.
Setakat ni kawan-kawan sekolah tahu tapi mereka tak ambil peduli sebab diaorang suka post gambar di IG. Saya suka tulis di blog untuk kenangan walaupun kadangkala saya rasa macam syok sendiri. Saya suka dapat kenalan di seluruh negeri dan suka baca blog mereka.
Blog ada nilai tersendiri, ewah.
Ya la bila ada blog dpt kwn yg lebih luas lg ...dia bce ilmu kita kita bc ilmu dia...kalau ig tkut dpt kwn fake plak haha
PadamMungkin mereka tak tahu kecuali ahli keluarga sebab wak belum pernah memperkenalkan diri sebenar.
BalasPadamMmg mistri wak ni hnya guna nama samaran dan stay anonymous hehe...cntik tanaman wak
PadamSaya blogger pinggiran ja..blogger kena bertahan mood ..rajin cari infor sebenar, tak sahi jangan kongsi, bahaya jika tak betul nak kongsi juga
BalasPadamBtul2..kna pastikan btul2 sahih lagi2 zaman viral ni..
Padam