Jom sama-sama bantu KKM kekang COVID 19 dari terus merebak

Perebakan COVID 19 agak membimbangkan dan serius. Tahap perebakannya berkemungkinan sampai pada satu tahap di mana sangat sukar untuk mengesan first contact dan lain lain perumah disebabkan lambatnya penampakan simptom kepada pembawa atau penghidapnya. 


Berkemungkinan juga ia akan menjadi satu wabak yang tidak lagi berpunca dari lawatan ke sesebuah negara, ianya muncul di tempat yang tidak semena mena.

Dari itu, wajarlah kita tambah ilmu berkenaan perebakan virus ini dan lakukan apa yang boleh untuk menghalang dan mencegah dari perebakan virus ini menjadi pandemik yang lebih berisiko di masa akan datang.

Jaga kebersihan dan selalulah membasuh tangan dengan betul. Elakkan dari selalu pergi ke tempat2 yang ramai manusia kalau boleh dielakkan. Mereka yang ingin travel  ke negara2 yang sedang dilanda wabak dinasihatkan menangguhkan perjalanan hingga ke tarikh yang sesuai. 

Gunakan facemask yang sesuai seperti N95 dan sekiranya tidak ada, gunakan surgical atau facemask sekiranya berada di luar.

Sentiasa up to date dengan perkembangan semasa berita berkenaan dengan COVID 19. Jangan ambil mudah.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ye, memang selalu ikut perkembangan kat page KKM tentang Covid-19 ni...

    BalasPadam
  2. Jadikan amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai amalan,

    BalasPadam
  3. Di sekolah Cikgu ada ingatkan kepada pelajar supaya kerap basuh tangan dan tak pergi ke tempat orang ramai. Kalau batuk segera pakai mask.

    BalasPadam