Bagaimana virus masuk dalam badan?
Mari kita belajar bagaimanakah virus ini masuk ke dalam badan.
Virus ini masuk ke dalam badan melalui hidung, mulut dan mata. Bukan melalui tangan. Tangan anda hanyalah pembawa virus ini ke hidung, mulut dan mata anda melalui sentuhan.
Di dalam hidung, mulut dan mata ialah sel-sel mucous membranes di mana virus ini boleh melekap melalui protin yang ada di permukaan virus. Ia menggunakan receptor yang ada di permukaan sel mucous membranes kita untuk memasuk ke dalam sel mucous membranes manusia.
Bila dah masuk ke dalam satu sel, virus ini tak perlu berjalan pun ke dalam saluran pernafasan manusia atau atau ke dalam perut. Virus ini akan terus mengarahkan satu sel badan manusia yang dimasukinya untuk membuat banyak-banyak virus. Kemudian virus lain masuk lagi dalam sel manusia yang lain dan mengarahkan sel manusia membuat lebih virus. Inilah cara pembiakan virus. Inilah cara virus merebak di dalam badan manusia. Ia masuk dalam sel manusia yang tertentu dan mengarahkan sel membuat virus ini. Virus ini juga ada di dalam sistem penghadaman manusia dan salah satu gejala yang dilaporkan dari Wuhan ialah juga diarrhoea atau cirit-birit. TIADA BUKTI jika telan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuh virus ini, sebab pada hakikatnya ia berada di DALAM sel kerongkong kita dan hidup di DALAM sel.
Bila pengidap virus batuk: sembuhan virus ke udara boleh terkena kepada orang lain yang berjarak dekat dengan pengidap virus. Di sini lah Bagaimana SOCIAL DISTANCING atau JARAK SOSIAL sekurang-kurangnya 1 meter boleh melindungi anda dan mencegah jangkitan.
Jika pengidap virus hembus hingus, atau batuk ke atas tangan, virus yang berada di atas tangannya boleh dibasuh buang dengan air dan sabun. Inilah cara berkesan untuk menghentikan penularan jangkitan virus melalui sentuhan. JAGA KEBERSIHAN TANGAN SELALU.
Basuh tangan sebelum pegang benda lain.
Jika pengidap virus tak basuh tangan dan pegang-pegang benda di sekelilingnya, virus itu boleh hidup di atas permukaan barang selama lebih kurang 72 jam (menurut kajian virus). Sebab inilah anda mesti basuh tangan selalu walaupun anda tiada contact dengan pengidap virus untuk membuang virus yang anda sentuh di atas tangan sebelum anda sentuh hidung, mulut atau mata anda.
Jika pengidap virus ini batuk ke atas tangannya atau sentuh mulut/hidung/matanya dan kemudian salam tangan anda, anda boleh terima virus ini di tangan anda. Cara terbaik mencegah penularan virus ini ialah JANGAN BERSALAMAN.
Sebab inilah Kementerian Kesihatan Malaysia memberi anda semua nasihat
1) Jaga kebersihan tangan
2) Basuh tangan selalu dengan air dan sabun. Hanya jika TIADA air dan sabun, boleh guna sanitiser dengan kandungan 60-70% alkohol ke atas.
3) Jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
4) Tak payah bersalam-salaman.
5) Tutup mulut bila bersin, batuk dan kemudian basuh tangan. Sebaik-baiknya gunakan mask jika anda ada gejala ini.
6) Nasihat terbaru ialah DUDUK DI DALAM RUMAH dan elakkan apa-apa perhimpunan.
Laman KKM tak beri nasihat minum air suam setiap 15 minit. Laman KKM tak beri nasihat berjemur di bawah kepanasan matahari. Laman KKM tak beri nasihat makan pisang, bawang putih, ikan singgang, sarang burung, minum air panas, letak bawang merah di sekeliling anda atau telan megados vitamin C untuk mencegah atau merawat virus.
Sila ikut nasihat KKM melalui :
1) LAMAN WEBSITE KKM www.moh.gov.my,
2) laman media sosial Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
3) laman twitter @KKMPutrajaya
4) Ketua Pengarah Kesihatan
Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.
Catat Ulasan
3 Ulasan
Tq info
BalasPadamya, yang penting basuh tangan selalu...dan jangan kerap sentuh muka, mata, hidung, mulut
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian 🙋
BalasPadam