Tanda kita mengalami stress yang kronik tanpa sedar

Dalam kehidupan moden pada masa ini, kita sentiasa berada dalam keadaan stress. Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini menganggu kita. Inilah yang dikatakan sebagai stress yang kronik.


Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress. Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan). Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.
.
Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress.
.
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita).
.
Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.
.
Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari.
.
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi parking kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat.
.
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng'hon' di belakang kita.
.
Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun.
.
Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi.
.
Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
.
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik.
.
Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi. Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
.
Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress. Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan "adrenal fatigue".
.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbanding dengan orang-orang yang terdahulu.
.
#HealthDrZubaidi
#adrenalfatiguedrzubaidi

Sumber : FB Dr Zubaidi

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. akak dapat mengelakkan stress di waktu pagi dengan tidur awal dan bangun jam 5.30 pagi, gerak ke pejabat 6.20pagi jalan masih lagi ok, tak stress dek jem waktu pagi, cuma nya waktu petang tu lah kalau hujan atau ada kemalangan memang stress sebab menghadap jem yang lama...
    sebab tu akak pilih waktu flexi 7.30-4.30 petang, at least ada masa untuk rehat di waktu petang. Kita yang kene cari masa untuk kurangkan stress itu

    BalasPadam
  2. Allahu. semoga kita semua mampu membantu tubuh kita untuk kurangkan stress tu. aamiin

    BalasPadam
  3. Pendudukan: Harta Tanah / perhotelan
    kedudukan: Pengarah Urusan
    Nama: Najwa Mohammed
    Bandar: Miri
    Pinjaman saya mendapat: Rm 1.5 juta
    kadar faedah: 1%
    E-mel saya: najwamohammed369@gmail.com

    Halo, saya mengucapkan terima kasih kepada allah almight untuk kebaikan dan keberkasaan yang saya dapatkan dari AASIMAHA ADILA LOAN FIRM tahun ini 2020, saya ingin kita medium ini membiarkan muslim saya di malaysia, Tahun lepas saya telah memohon pinjaman banyak kali dan saya bodoh , Tahun ini ketika saya sedang menonton berita perniagaan saya di Aljazeera, saya melihat nama AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM pada wawancara menerangkan pakej mereka dan bagaimana mereka memberi pinjaman dan dana amal kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tahun ini. Oleh itu, saya mendengar dan menghubungi mereka dengan kenalan mereka di televisyen, saya memohon Rm 1.5 juta, pada kadar 1% dan pinjaman saya telah diluluskan dan saya mendapat pinjaman saya semudah mungkin. Saya mendapat pinjaman saya dan melabur lebih jauh ke hartanah suami saya. suami saya dari indonesia, banjir yang terjejas rumah keluarga kami di jakarta, sejak kami mendapat pinjaman, kami telah memperbaiki banyak hal dan membayar hutang bank juga.Jika anda ingin perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, anda bebas memohon sekarang dan dapatkan pinjaman anda .Mengingatkan diri anda untuk menjadi kuat dan tidak pernah berputus asa. Semakin banyak anda jatuh, semakin kuat anda menjadi bangun. Jangan pernah menyerah tidak kira apa. Buat janji kepada impian anda seolah-olah anda berjanji kepada anak anda. Saya berharap anda lebih besar tahun. Mungkin allah memberkati mereka allah

    MOHON SEKARANG
    E-mail | aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp | + 447723553516
    e-mel:| (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)
    instagram:| Ikut kami di instagram @ Aasimahaadila.loanfirm
    twiter; | .aasimhaloanfirm

    BalasPadam