Betul ke kangkung boleh melawan virus?

Kangkung memang ada kebaikan
Dalam setiap 100gm kangkung ada...

1. Baru nak dekat 20kcal atau bersamaan 1 sudu nasi je
Satu makanan yang bagus untuk orang yang nak turun berat bila buat kangkung sebagai lauk, kenyang tapi kalori hampir takdak...tapi tengok masakan jugak na..kalau kangkung goreng tepung la, tumis dengan telur la dah jadi lain na...
2. Kaya betul dengan potassium
Hat ni boleh lawan dengan sodium (benda yang naikkan darah tinggi).

Bagi pesakit darah tinggi (sahaja tanpa penyakit lain) jika makan kangkung bantu elak darah asik mencanak je...tapi kalau buat kangkung belacan, takleh tolong jugak..hahaha belacan lebih dari kangkung
3. Tinggi dengan serat
2.1g tuuuu...sama macam makan 4 sudu kecil oat..
Yang tinggi serat ni bantu orang nak kurang berat badan tahan lapar, bantu orang diabetes elak gula naik banyak, bantu hat yang tinggi kolesterol dari melambung naik lagi..
4. Banyak kandungan Vitamin A dan C
Amik 100gm sayur ni dah nak capai keperluan satu hari Vitamin C dan dah capai lebih dari keperluan satu hari bagi Vitamin A.

Mantap...boleh bantu support imuniti badan dan kesihatan mata. (Ehem yang geng megadose tak nak amik selori kangkung?)
Banyak kebaikan kangkung
TAPI

Takdak lagi kangkung merawat apa apa penyakit
Takdak lagi kangkung menyembuhkan virus
Saya pelik macam mana orang boleh senang percaya kangkung boleh sembuh kan virus wabak ini
Kalau ye dah lama kerajaan China ambil dari bina hospital baru dalam 6hari..

Dahla jauh lebih murah..senang nak dapat..
Sekian...

Dietitian Fizah Sobri
Medical Mythbuster Malaysia

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. banyak rupanya khasiat dia. selama ni makan buat goreng belacan ja hehe. Betul, Dr Zul dah bagitahu kangkung tak boleh ubati coronavirus hshshs

    BalasPadam
  2. kangkung tak boleh mengubati penyakit virus
    tapi ia boleh tambah imuniti badah kita daripada serangan virus

    BalasPadam