MALAYSIA DIANCAM SERANGAN WABAK CORONAVIRUS NCoV-2019
Semalam 23 Januari 2020, Langkawi mencatatkan telah menerima beberapa charter flight mendarat direct dari Nanjing ke Langkawi International Aiport. Manakala beratus2 lagi flight dari China akan mendarat di Langkawi, Penang, KLIA, Melaka, JB, Sabah dan Sarawak sempena CNY kali ini.
The best part is, Nanjing hanyalah 550km daripada Wuhan, iaitu kota pertama di China yang dilaporkan bermulanya tersebar wabak NCoV-2019 ini. Bayangkan jika berpuluh charter flight operated by local airlines dan lain-lain airlines tersebut terus menerus mendarat di Langkawi dan lain-lain airport kita?
Sudah pasti wabak ini akan terselit juga mencelah masuk ke Malaysia bilamana ada keluarga mangsa yang cuba melarikan diri keluar dari China. Penumpang-penumpang dari China inilah yang boleh menjadi ancaman 'senjata kimia tanpa sedar' terhadap negara kita.
Selain itu, petang semalam ada satu kes sudah dicatatkan berlaku di Singapore. Manakala kematian di China pula sudah melebihi 20 orang dan jumlah dijangkiti sudah melebihi 800 orang. Mungkin angka pesakit sudah lebih 1000 orang pada hari ini.
Ketika artikel ini ditulis juga, 1 kes telah dilaporkan di USA, 1 kes di Scotland, 1 kes di Arab Saudi, 1 kes di India, 1 kes di Jepun, 1 kes di Korea Selatan, 1 kes di Australia 2 kes kes di Vietnam, 4 kes di Thailand dan 4 kes saspek NCoV-2019 di Malaysia.
Semoga kita semua dilindungi...
Walaubagaimanapun, setakat awal pagi tadi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 4 kes tersebut negatif nCoV-2019. KKM mengesahkan mereka dijangkiti influenza-A dan sedang dirawat rapi.
Dalam kesempatan yang ada, saya menggesa pihak KKM bersama agensi lain seperti Kastam dan Imigresen agar memperketatkan lagi kawalan di persempadanan antarabangsa kita iaitu di semua lapangan terbang udara terutama yang ada menerima penerbangan terus dari China, seperti Langkawi, Penang, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.
Pantau juga kenderaan keluar masuk sempadan Singapore - JB dan Thailand - Malaysia bagi mengelakkan traveller yang ingin menyambut Chinese New Year terselit membawa mangsa nCoV-2019. Jika boleh, sekat segera penerbangan direct Wuhan - Malaysia, Beijing - Malaysia, Nanjing - Malaysia dan vice versa.
Keluarkan juga amaran kepada orang awam tentang bahaya virus ini serta cara-cara menanganinya. Perketatkan zon kuarantin di lapangan-lapangan terbang antarabangsa kita. Jangan lagi bersikap 'panic control' kerana natijahnya tidak lain tidak bukan hanyalah lebih buruk daripada disangka.
Pandemic dan outbreak sedang berlaku. Wabak ini tersebar melalui bawaan udara / airborne. Maka kenderaan kapal terbang merupakan kenderaan terbaik untuk menyebarkannya ke serata dunia. Jika negara jiran terdekat kita pun sudah kena, maka pasti kita pun bakal menerimanya.
Sejauh mana pasukan KKM bersiap siaga? Saya doakan yang terbaik buat kalian. Kami masyarakat akan sentiasa bersama membantu. Semoga keputusan pihak KKM dan kerajaan dapat dibuat segera sebelum terlambat.
Penerbangan sempena Chinese New Year bakal menjadi saksi tersebar lebih luas penyakit ini lalu mencipta global emergency...
-----------
Kepada masyarakat diluar sana. Jom fahami dan kenali apakah wabak yang sedang tersebar secara global ini dan bagaimana langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil.
Ayuh baca sehingga habis dan ambil iktibar serta tambahkan ilmu anda!
Apa itu coronavirus?
Coronavirus atau NOVEL CORONAVIRUS 2019 (nCoV-2019) merupakan keluarga / strain baharu daripada virus SARs-CoV dan MERs-CoV. NCoV bermakna “novel Coronavirus ” dan CoV bermakna Coronavirus.
“Novel Virus” bermakna sebarang jenis virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baharu (extant).
NCoV-2019 mula tersebar sekitar akhir Disember lalu di kota Wuhan, Provinsi Huibei, China. Virus ini telah tersebar luas selama lebih sebulan dan merebak ke kota Ezhou dan Huanggang serta lain-lain tempat.
Bagaimanakah virus Wuhan ini tercetus?
Semuanya bermula dari China yang mana virus ini datangnya daripada virus yang tersembunyi dalam badan haiwan dan berjangkit kepada manusia kemudian disebarkan sesama manusia. Wabak ini juga berpunca daripada zoonotic disease iaitu wabak daripada haiwan. Salah satu contoh zoonotic disease yang pernah berlaku dulu adalah wabak e-bola.
Bangsa China merupakan bangsa yang memakan hampir semua jenis haiwan yang ada dibumi. Baik haiwan melata, haiwan berterbangan, serangga waima haiwan berbisa. Virus terbaru ini datangnya daripada kota Wuhan dan bermula disebuah pasar yang menjual haiwan liar iaitu Huanan Market. Disini terdapat ratusan jenis binatang liar dijual untuk menjadi santapan bangsa mereka. Disinilah bermulanya virus ini tercetus dan tersebar.
Dikhabarkan hasil kaji selidik saintis China, virus tersebut berpunca daripada sejenis ular hitam belang yang dinamakan ular katam tebu (Bungarus multicinctus). Ular tersebut memang terdapat dijual di Pasar Wuhan dan dijual dengan meluas serta menjadi kegemaran pembeli.
Setakat ini, TIADA vaksin untuk virus ini dan BELUM ADA ubat penawarnya lagi. Kaji selidik giat dijalankan di China oleh saintis mereka bagi membantu mengekang wabak ini dari terus tersebar dan membunuh ramai orang.
Perlu diketahui juga, virus terbaru ini tidak dapat dikesan dengan mudah. Simptom akan menjadi jelas hanya setelah 3 - 7 hari anda terkena jangkitan virus tersebut melalui bawaan udara / airbone. Kerana itu topeng muka amat membantu.
Apakah simptom wabak NCoV-2019 ini?
.
- Mengalami demam lebih 38 darjah celcius.
- Mengalami batuk kering (dry cough)
- Masalah bernafas dan sesak dada
- Sakit kepala yang teruk
- Badan terasa terlalu penat, lenguh-lenguh dan tak bermaya
- Hilang selera makan
- Berpeluh walaupun keadaan sejuk dan menggigil walaupun keadaan panas diwaktu malam.
- Mengalami kekeliruan mendadak (confusion)
- Mengalami ruam-ruam dan bintik merah
- Mengalami cirit-birit
- Masalah masalah buah pinggang
- Mengalami Pnuemoni
- Jantung berdegup kencang
Apa yang perlu saya buat jika mengalami 4 atau lebih simptom diatas?
1. Segera pakai topeng muka dan jarakkan diri anda daripada orang lain agar tidak berjangkit.
2. Segera ke klinik kesihatan kerajaan atau hospital terdekat dan dapatkan rawatan serta saringan CoV.
3. Jangan bertangguh jika anda mengalami 4 atau lebih simptom diatas. Kerana dikhuatiri anda telah terkena wabak tersebut tanpa sedar. Dapatkan rawatan saringan segera.
4. Jangan menganiaya orang lain seperti sengaja membersin kepada orang lain atau menyediakan makanan untuk orang lain.
Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu saya ambil?
1. Kurangkan aktiviti luar rumah, dan kurangkan berada ditempat crowded terutama yang ada ramai warga asing dari China dan pelancong dari China.
2. Pastikan anda sentiasa membawa topeng muka. Pakai topeng muka ketika berurusan diluar dan dikawasan ramai orang.
3. Elakkan bersentuhan terus atau berinteraksi terus dengan pesakit yang ada simptom nCoV-2019 terutama warganegara China. Jarakkan diri jika berinteraksi.
4. Sila bawa sanitizer bersama anda. Sentiasa basuh tangan / sanitize selepas bersentuhan dengan pesakit yang ada simptom. Keep yourself hygiene.
5. Laporkan kepada KKM atau mana-mana hospital / klinik kesihatan terdekat jika ternampak pesakit dikhuatiri mengalami simptom NCoV-2019.
6. Elakkan memakan makanan yang pelik-pelik seperti makanan eksotik, ulat, serangga atau haiwan liar. Nasihati jika anda ada ternampak orang yang memakan anjing, kucing, biawak, kelawar, ular, ulat, serangga dan lain-lain haiwan eksotik. Jika boleh, kurangkan memakan ayam dan daging yang tidak jelas sumbernya.
7. Kongsikan artikel ini bagi membantu kesedaran awam...
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini. Pihak kami sudahpun alert isu ini sejak akhir 2019 yang lalu. Beberapa posting telah dibuat bagi memupuk kesedaran sebelum berlakunya outbreak. Walaubagaimanapun ketika itu banyak pihak menafikannya.
Kini ianya sudahpun terjadi. Panic, chaos and disorder tetap akan terjadi. Persoalan yang tinggal, bagaimana diri kita dan keluarga kita ingin survive dimasa akan datang?
Maka belum terlambat untuk kita bersiap sedia. Wabak NCoV-2019 ini hanyalah permulaan bagi 2020. Selepas wabak akan diikuti dengan bencana alam pula. Maka persiapkanlah diri anda dan keluarga anda untuk mengharungi fasa 'fitnah yang melata'...
Sedikit pesanan akhir buat tatapan semua pembaca:
1. Bacalah, dan hafal lah sekurang-kurangnya 10 ayat awal atau 10 ayat akhir dari Surah Al-Kahfi.
2. Banyakkan berdoa agar anda semua dijauhkan dari fitnah yang melata dan fitnah Dajjal.
3. Berdoalah agar anda dan keluarga anda dijauhkan daripada wabak musibah, bala bencana dan juga dijauhkan daripada kefakiran serta kepapaan.
Doa jauhkan dari penyakit berjangkit termasuk penyakit koronavirus wuhan
4. Perkemaskanlah asas-asas akidah dan fardhu ain anda. Lazimkan membaca zikir harian seperti Hizb Bahar, Manzil, Ratib Al-Haddad dan lain-lain. Lazimi juga berselawat ke atas Nabi. Kerana makanan orang beriman ketika fitnah itu melata adalah zikruLLLAH.
Semoga kita semua sama-sama beroleh manfaat dan dijauhkan daripada apa jua wabak musibah, bala bencana dan dijauhkan daripada kefakiran dan kepapaan. Semoga kita semua tetap dalam Iman. Aamiin...
Sekian dan terima kasih.
------------------
-Muhammad Mamzah
Catat Ulasan
3 Ulasan
terbaik
BalasPadamAllahu. Semoga kita semua terpelihara daripada virus ni ðŸ˜
BalasPadamMohon dijauhkan kita drp penyakit ini..
BalasPadamsemoga Allah melindungi kita..
Kena lebih berjaga2 skrg.. kita tidak boleh elak sebenarnya sbb ada yg bekerja, sekolah, study dan mcm2 lagi .. susah nak duduk rumah sahaja.. apapun langkah berjaga2 perlu diambil..