Sepasang sudah anak saya. Apabila ada anak lelaki....

Alhamdulillah sepasang sudah anak saya. Anak kedua adalah lelaki. Terjumpa pula info ini tentang anak lelaki, moga memberi manfaat dan panduan kepada mereka yang ada anak lelaki juga....


Anak lelaki banyak energy.
Anak lelaki suka berlari.
Anak lelaki suka bergusti.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur berquality.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memory.
Semua ni ada scientific study.

Anak lelaki perlu terapi alami.
Ada penyembuhan pada alam semulajadi.
Biar main parit. Panjat pokok sana sini.
Ini untuk tabung emosi.

Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas dikaki.
Badan dapat create sistem immunity.
Dapat neutralize cas negative.
Kita nak restore humanity.

Jangan asyik pegang controller Dan main psp.
Terpekap dalam rumah, dinding kanan kiri.
Dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.

Beri anak lelaki haiwan peliharaan.
Tak kisahlah walaupun ikan guppy.
Supaya belajar rasa empathy.
Moga besar jadi suami mithali.
Tak da la ego meninggi. (Kannnn)

Anak lelaki perlu ayah disisi.
Untuk jadi idola diri.
Spend lah time ke masjid. Suggestion saja ni.
Kalau buat Allah sukai.
Anak lelaki perlu ibu, sentiasa dengar Dan mengasihi.
Memang macam-macam perangai dia buat, kadang-kadang sakit hati.
Jiwa kena kental, sabar tidak bertepi.
Cakap sekali belum tentu bergerak.
Kenalah ingatkan beberapa kali.
Bukan semberono ya.
Ada cara dan seni.
Otaknya tak boleh proses banyak benda, satu arahan satu situasi.

Semoga segala urusan kita sekeluarga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki ya Abdul Mateen sayang?

Rasa-Rasa nak mengamuk, cakap pada diri,
Ini amanah Illahi
Tugas kita bukan menghakimi
Tapi mendidik
Beri kasih sayang, tanpa belah bahagi.

Ini soalan yang last sekali
Dah peluk anak lelaki hari inj?
Sekejap saja mereka membesar
Peluklah selagi berdenyut nadi.

Kredit to: Sumber FB
Sepasang sudah anak saya. Apabila ada anak lelaki.... Sepasang sudah anak saya. Apabila ada anak lelaki.... Reviewed by cikguzim on 9.1.20 Rating: 5

15 ulasan:

  1. Jaga anak lelaki, kena banyak bersabar, berbeza dgn anak perempuan. Apa pun, jaga lah amanah yang bernilai itu sebaik mungkin.tahniah

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Doakan semoga saya dapat anak lelaki tahun 2020 ni. Dah 3 orang anak pompuan 😁

    BalasPadam
  3. comel je si kecik tu...
    jaga anak lelaki memang perlukan kesabaran yang tinggi, setinggi gunung everest tau
    membesarkan anak lelaki yang istimewa lagi berganda tinggi sabarnya cikgu, jiwa kene kental, hati kene banyakkkk sangat sabar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap lgi tinggi dri everest kesabaran tu nnt hehe

      Padam
  4. Allah x mengizinkan saya dapat anak lelaki. Mungkin ada hikmahnya tu.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, suka baca perkongsian ni, saya ada dua anak lelaki, banyak benda saya belajar tentang mendidik anak lelaki berbanding mengasuh anak perempuan, anak lelaki macam mana ganas atau nakal sekalipun, still perangai manja tak hilang..memang betul anak lelaki hanya faham satu arahan dlm satu masa, kalau saya membebel, depa pakat sonyap, bukan takut tapi sebab tak faham..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy ada bca kalau emak suka membebel mmg anak tu pandai nnt hehe

      Padam
  6. Alhamdulillah tahniah dah dapat sepasang.
    Mrs. A memula sepasang pastu yang ketiga lelaki hehehee...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.