KAU BAGI 5/5? AKU MEMANG DAH LAMA BAGI 11/10 KOT. TAK TENGOK LAGI, AKU DAH TAU RATINGNYA BERAPA TAU...


Iya saya sependapat dengan review sahabat saya ini. Dari fb JPY.

Oleh: JPY

Ejen Ali. Sebuah animasi ke-3 tahun ini. Cuba menutup musim gemilang animasi tempatan bagi tahun 2019 ini. Ekspektasi aku memang tinggi untuk cerita ini. Sebab apa? Sebab siri dia dah gempak kot. Takkan kau nak letak expectation rendah, kan? 

Bagi aku, Ejen Ali bukan kisah Boboiboy. Bukan juga kisah pengembaraan Upin Ipin. Ianya kisah real! Dibikin bukan bertunjangkan khayalan, pari-pari atau bantuan magic! Bukan juga berpaksikan kuasa luar biasa siapa-siapa. Ianya satu kisah fiksyen yang berteknologi tinggi. 

Animasi ini bagi aku cukup besar. Jiwanya besar. Plotnya besar. Skripnya besar. Nilainya mahal. Aku tak layan Frozen. Tapi aku baca komen mereka yang menonton keduanya, mengakui Ejen Ali boleh menyaingi dari sudut jalan ceritanya. Kekemasan plotnya. Ketenangan jalan ceritanya. Dan pendetailan animasinya!

Dulu-dulu sewaktu aku tengok Boboiboy, aku begitu terganggu dengan latar bunyi yang sangat bising. Mungkin audio system pawagam yang teruk. Tapi tidak untuk Ejen Ali. Muziknya on point. Tak perlu jerit-jerit. Cukup bersahaja ja melontarkan dialog. Terkesan sampai jiwa! Menyengat. 

Babak kosong. Babak kesepian. Babak memerlukan perhatian. Semuanya diisi dengan soundtrack yang tepat. Lagu yang on point. Bahkan, sound effect bagi setiap scene sangat padu. 

Aku pasti, pembikin Ejen Ali banyak membuat kajian dalam banyak siri anime Jepun dalam membuat plot serta mengangkat watak-watak tertentu. Paling best bagi aku, adalah babak fightnya. Serius mengujakan. Aku yang dah tua ni melopong mulut. What a fight!

Memang boleh tapaw la aksi filem Wira tu. Tak perlu Yuyan, cukup Ejen Ali dan gengnya. Serius boleh buat kau punya jantung berdegup laju, duduk pun tak tenang, okey! 

Animasi mesti kena ada mesej. Kalau tak, buat apa bikin animasi kan? Ejen Ali sarat dengan nilai. Perjuangan memerlukan niat. Dan niat itu perlukan tekad, Dan setiap tekad itu pasti akan ada seseorang untuk dijadikan idola perjuangan.

Baca : Nilai dari filem Ejen Ali

Buat ibu bapa. Bawalah anak kalau anak minta nak tengok. Mak ayah tengok pun tak terasa macam tengok kartun. Bahkan, balik nanti, pasti mak ayah yang terlebih-lebih nak cari siri Ejen Ali untuk dilayan sama-sama. Hahaha. 

Cukuplah aku menggoreng. Kalau nak rasa macam mana aku rasa (puas sungguh-sungguh), silalah menonton sendiri. Tak layan siri boleh layan ke? Boleh sangat. Takde masalah pun. Filem ni bijak. Sangat bijak. 

Nak rasa filem animasi yang sukar nak di'predict' jalan ceritanya? Ejen Ali lah jawapannya. 

Naskah yang sungguh 'mindblown'!

JPY: SELEPAS AKU BAGI REVIEW NI, TERUS AKU UPKAN LAGI RATING AKU YANG BARU = 100/10. HAHAHA

p/s: Aku tengok poster bawah ni pun, meremang bulu roma dibuatnya. Oh ya. Jangan lari awal. Ada 2 post credit scene, okey? Duduk diam-diam kat situ, dan bagilah tepukan gemuruh kepada staf-staf yang membikin Ejen Ali ini.

Sumber dan kredit : JPY