Dato Nassier Wahab meninggal dunia

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...


ALLAHUAKHBAR

Earlier buka fb saja saja je baca news . Lalu  terpampang berita sedih ni.

Patut la lama Nasir Wahab lama tak update di ig dia. Memang dia sedang sakit sejak lama dulu, sakit ketumbuhan bahagian rahang. 

One of my favorite singer terutama lagu Sekali Aku Jatuh Cinta. Masa Gegar Vaganza 2015 dulu pun sokong dia juga. Penyanyi era 80an even mak saya pun minat lagu dia.

Raut wajah yang sentiasa muda dan selalu tersenyum and his voice maintain je. Di beritakan bahawa arwah dah lama sakit sejak 5 tahun dulu tapi beliau merahsiakannya..

Pada Julai yang lalu, Allahyarham telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri dan disusuli rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi.

Bila rasa sakit dia cuma makan ubat penahan sakit namun ianya tak bagus untuk jangka panjang atas nasihat doktor, beliau menjalani beberapa pembedahan...

But Allah lebih menyayangi dia.

Another legend telah pergi. He will be missed. Dato Nassier Wahab has passed away....

Semoga dia ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Aamiin.

Sebutir mutiara permata seni negara
telah meninggalkan kita semua.

Abang Nasir Wahab sudah tiada lagi..

Dato Nassier Wahab telah meninggal dunia pada jam 12.45 pagi tadi bersamaan 5 Disember 2019.

Dikebumikan Pagi Ini ...

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi ini untuk urusan pengebumian.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor dan akan dimandikan di Masjid Batu Belah Klang sekitar jam 8.30 pagi dan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah Klang kira-kira jam 9.30 pagi ke 10.00 pagi hari ini. Sebagai info, Nassier menduduki tempat keempat dalam Gegar Vaganza musim kedua dan meninggalkan isteri, dan seorang anak, Intan Najihah. Al-Fatihah....

Ya Allah cucurilah rahmat ke atas rohnya dan semoga diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH
(Kita hadiahkan bacaan ini sama-sama, insya Allah)

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. tula.pagi tadi kawan update abang dia dh meninggal.. Allah.. Al Fatihah untuk arwah.

    BalasPadam
  2. Allahuakbar.Beliau salah seorang penyanyi yang PC suka..berperwatakan tenang bila bercakap..Moga segala amal kebaikkannya diterima dan menjadi pembela di sana kelak..aamiin.Al Fatihah.

    BalasPadam
  3. inalillah, terperanjat jugak pagi tadi masa ternampak di IG kawan-kawan artis nya. Teringat sebelum ini arwah pernah buat pembedahan ketumbuhan di bawah rahang dan beberapa tahun lepas pembedahan kelenjar.

    BalasPadam
  4. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un... Ada jugak tengok berita ni kat fb. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin...

    BalasPadam
  5. innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...housemate pun baru bagitau pagi ni tadi...antara penyanyi kegemaran saya masa kecil2 dulu...

    BalasPadam
  6. Alfatihah. Antara artis yang tak nampak tua dia ni.

    BalasPadam
  7. Antara artis yang sentiasa nampak muda. Alfatihah buat arwah

    BalasPadam