Resepi ikan patin masak tempoyak versi Temerloh

Pernah datang Temerloh tak? Singgah Temerloh tak beli ikan patin, anda rugi. Beli ikan patin tapi tak masak tempoyak pun laaagi rugi. Sebab apa? Sebab ikan patin masak tempoyak tersangaaat lah sedapnya. Dengan kuahnya yang berperisa daun serum eh silap daun kesum dan ditambah tempoyak itu sangat sedap menghirup kuahnya. 

Kalau masuk ke kampung-kampung di Temerloh, senang sangat nak beli tak payah pergi pasar. Beli tepi jalan jual fresh masih hidup lagi ikan patin

Setakat Disember 2019 ni, purata harga ikan patin Temerloh sekilo adalah rm17. Beli banyak-banyak pandai2 la mintak diskaun dekat tokey..

Maka bila makan patin tu bertambah-tambah la nasik. Dah la ikan patin rasa dia lemak-lemak lembut. Memang naik lah berat badan anda haha. Ok ini resepi dan cara masak ikan patin masak tempoyak versi Temerloh. Ya, koi orang Temerloh.....

Resepi Masak Ikan Patin Tempoyak Asli.

Bahan bahan:

1 ekor patin saiz sederhana ( boleh masak 8 potongan ikan patin saiz sederhana)
2 senduk tempoyak 
4 - 5 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
segengam cili padi hijau dan merah ( kalau suka pedas lebih, boleh tambah)
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum (daun ni penting, sumber rasa sedap ikan patin)
3 keping asam keping ( kalau suka masam boleh letak)
Sedikit garam

Cara cara Menyediakan Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap

1.Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. 
Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.

2. Masukkan air sekitar 4 -5 cawan, ke dalam kuali atau periuk.
Masukkan pula bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali diikuti dengan asam keping.
Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.

3. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum dan ikan. Masak dalam 4-5 minit sahaja dan bolehlah tutup api. 

Bahan utama masak ikan patin asli...

Ini bahan utama yang digunakan untuk masak ikan patin tempoyak.....

Oh ya, masak tanpa guna bawang merah dan putih, tapi hasilnya sedap yang teramat!

4. Ada resepi yang guna bunga kantan atau serai, tapi boleh hanya guna ikut resepi asal iaitu daun kesum sahaja.

5. Langkah pertama lepas tumbuk bagai cili hidup dan kunyit dengan tempoyak, masukkan terus dalam kuali yang sedia dah dimasukkan air dalam 4-5 cawan.Ikut kesesuaian masing-masing.Api biar perlahan je masak ni. Nak bagi cili masak betul, kalau tidak, ada orang sakit perut pulak karang.hehe mudahnya masak ikan patin tempoyak.

6. Bila kuah tempoyak dah mendidih atau mengelegak, bolehlah masukkan daun makcik kesum dalam tu. Kacau perlahan. 

Kalau singgah Temerloh singgah la ke esplanade ni, rehat sambik selfie. Moga tahun 2019 ni takde banjir besor. Tengok gambar tu tebing bawah tu dah tenggelam.

Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap...

1. Kalau ikut tips orang jati  Temerloh, masakan ikan patin tempoyak yang sebenar tidak menggunakan bawang merah atau putih, hanya guna cili hidup, kunyit dan daun kesum.

2. Jika suka akan kuah ikan patin tempoyak yang pekat, masak kuahnya dahulu, kemudian barulah dimasukkan ikan.

3. Ikan patin ni jenis ikan sungai. Jadi dah sah-sah bau hanyir ikan ni agak kuat.Jadi, semasa kita cuci ikan patin ni, boleh gunakan tepung gandum. Atau boleh juga guna perahan limau atau perahan air asam jawa. atau rendam dengan asam keping.

Untuk hilangkan bau hanyir ikan basuh dengan limau nipis. Baunya nanti haruum yang amat menambah selera....

4. Dalam ikan patin ada satu urat sebesar benang berwarna putih,orang kampung panggil urat hanyir. Apabila urat tu ditarik keluar hanyir akan hilang isi ikan patin bertambah lemak. Urat ni terletak di tengah-tengah isi ikan.

5. Pastikan kuah tempoyak sudah mendidih barulah dimasukkan ikan patin ke dalamnya supaya ikan tak hancur.

6. Kalau hendak masukkan timun lebih baik dimasukkan terlebih dahulu dan dibiarkan ianya agak lembut sebelum dimasukkan ikan. Elakkan mengacau selepas ikan dimasukan. ini bagi memastikan isi ikan tidak hancur.

7. Lebih sedap jika menggunakan tempoyak yang fresh.Tempoyak yang menyebabkan kuah ikan patin menjadi terlebih masam atau kurang sedap.

8. Berdasarkan pengalaman sendiri, bahan masakan seperti cili hidup, kunyit hidup dan tempoyak hendaklah ditumbuk supaya lebih enak dan sebati berbanding diblend.

9. Kalau dah dapat makan ikan patin tempoyak ni,  dah tak payah cari sayur atau menu lain.Cukup nasi panas dengan patin tempoyak ni, memang dah superbbbbb.... 


Hiruplah kuah sepuas hati dengan bertambah nasi. Oh lupa nak pesan, buatlah kuah lebih ya. Masak sendiri lagi puas dari beli yang dah siap....

Tengok video ni, proses akhir setelah makan ikan patin tempoyak adalah menghirup kuahnya :


Moh ke Temerloh makan ikan patin. Ada masa nanti kita share resepi sambal hitam versi Temerloh pula hehe...

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. alamak, tak makan ikan patin pulak. tapi boleh ganti dengan ikan baung cuba resepi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jg tu...try la dgn ikan lain mcm keli haruan baung pn boleh 😁

      Padam
  2. Suka ikan patin
    tapi tak makan tmpoyak

    BalasPadam
  3. kalau makan patin temerloh ni memang sedap sangat cuma kena tanya harga dahulu kan, takut terkena yang mahal hehe :)

    BalasPadam
  4. dulu saya tak suka ikan patin sebab pernah dapat ikan patin yang rasa tanah atau hanyir tapi bila kenal patin temerloh dan rasa patin tempoyak memang jatuh cinta, tak pernah masak sendiri biasa makan kat kedai atau order kat kawan yang ada kedai jual ikan patin tempoyak

    BalasPadam
  5. aduiii kita tak reti makan tempoyak...walaupun peminat durian...hahahaha

    BalasPadam
  6. T. Kasih kongsi. Saya org Johor yg suka sgt makan ikan patin dgn tempoyak ni. Last makan patin tempoyak masa gi Kuantan,kat Jaman Tory...sedapnyaa.

    BalasPadam
  7. Wahduh wahduhhh.sedap banget! Lapar pulak bila tengokkk lauk tu..Ikan patin masak tempoyak memang sedappp

    BalasPadam
  8. baru je makan ikan patin. sedap betul.

    BalasPadam
  9. Menu favourite ni. Sedapnya makan dengan nasi panas.

    BalasPadam