Bagaimana menjadikan anak pandai dengan bermain game?

Murid dan anak kita suka main game? Saya percaya 90% daripada guru akan bersetuju bahawa murid sangat suka bermain game sehinggakan mereka leka dan mengabaikan pembelajaran. Games lebih interaktif, seronok dan membina alam fantasi kepada mereka. Adakah dalam games ini, ada nilai baik dan ada faktor psikologi yang boleh kita ambil iktibar?

Post ini BUKAN MENGGALAKKAN ANAK BERMAIN GAMES, tapi ini adalah cara bagaimana memanipulasikan game sebagai alat atau bahan belajar. Zaman sekarang game 1 perkara yang tidak dapat dielak kerana hampir semua orang pandai menggunakan smartfon dan gajet2 yang lain....

Remaja ketagih main game mati akibat strok. Sumber gambar awani.

1. Visual

Games sememangnya kaya dengan unsur-unsur visual yang menarik dan interaktif. Hal ini kerana visual yang menarik menyebabkan murid memberikan lebih perhatian tehadap kepelbagaian warna, bentuk dan lakaran. Animasi juga menjadikan pergerakan menjadikan murid terus memerhatikan.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Gunakan unsur-unsur warna dalam PdPc, banyakkan tayangan video, interaksi digital seperti video 360', VR dan juga AR. Grafik atau video berbentuk model 3D juga dapat membantu. 

2. Ganjaran dan hadiah

Dalam games, ada ganjaran bagi setiap stesen, tahap ataupun peringkat. Ada yang berbentuk markah, ada yang berbentuk bintang, kupon, duit dan ubatan kecederaan. Murid suka untuk melihat bilangan, nombor dan koleksi ganjaran mereka.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Pelbagaikan bentuk ganjaran. Ada yang bersifat one-off, ada yang akumulatif (terkumpul), ada dalam yang dalam bentuk pujian, ada dalam bentuk fizikal serta ada yang dari segi pungutan markah. Guru boleh mempelbagaikan bentuk penilaian untuk mendapatkan pelbagai bentuk ganjaran. Boleh gunakan carta ganjaran, reward jar, lencana, Classdojo, sticker Classkick, Class 123, perlumbaan Socrative dan Quizizz.

3. Cabaran

Dalam games, cabaran sentiasa ada. Murid perlu melakukan sesuatu dan menempuh pelbagai halangan. Jadi murid sentiasa buat yang terbaik dan melakukan apa yang mereka mampu lakukan. Contohnya tempat berhalangan, musuh yang besar, ada bom ataupun bahaya dan sebagainya.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Lakukan aktiviti berstesen. Dengan itu murid sentiasa akan pergi ke kawasan lain dengan cabaran dan tugas lain atau bahan lain. Selain itu. aktiviti seperti treasure hunt dan scavenger hunt juga dapat menyebabkan murid seronok kerana perlu mengembara untuk mengumpul barang-barang tertentu. 

4. Persaingan

Games sememangnya menekankan aspek persaingan. Top Score akan sentiasa dipaparkan bagi mutiplayer ataupun dengan pemain game yang sama di seluruh dunia. Murid seronok apabila mereka berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Banyakkan kuiz-kuiz mengejut, kuiz mengikut kumpulan dan juga kuiz interaktif seperti Quizizz dan Kahoot.

5. Suasana

Kajian menunjukkan suasana dunia dalam game agak meriah dengan props, barangan, dan bermacam-macam lagi. Hal ini menjadikan pengalaman bermain sesuatu yang penuh dengan imaginasi.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Kelas yang dihias dapat menjana imaginasi murid. Mereka ada ruang untuk berkreativiti. Libatkan murid dalam mencorakkan suasana bilik darjah. Letakkan pamera hasil kerja seni mereka, projek mini menanam pokok dan apa sahaja hasilan projek Sains yang menarik. Pemilihan warna cat kelas serta hiasan memainkan peranan dalam menentukan pengalaman ini.

6. Jelajah dan pengembaraan

Seringkali dalam permainan murid boleh pergi ke pelabgai tempat. Tempat-tempat ini dapat memberikan gambaran jelas tentang sejarah cerita dalam permainan itu serta perjalanan kehidupannnya mengecapi kejayaan.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Bawa murid dengan field trip. Mereka boleh pergi ke luar kelas dan tengok secara real-life terhadap tumbuh-tumbuhan, mengkaji cuaca atau melihat haiwan. Jika pembelajaran melibatkan tempat yang jauh, gunakan Google Earth, Google Arts & Culture dan pelbagai tools teknologi yang menarik.

7. Watak

Dalam games, murid boleh boleh mereka watak-watak mereka. Dalam erti kata lain, mereka boleh buat Avatar mereka. Ini merupakan satu cara murid berekspresi dan membina cerita pengembaraan mereka daripada 'blank canvas'. Murid boleh memilih paras rupa, pakaian serta fitur-fitur istimewa bagi watak mereka.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Pelbagaikan pilihan watak mereka. Murid sangat self-conscious dengan cara orang melihat diri mereka. Beri ruang untuk mereka berkongsi kegemaran, hobi dan minat mereka. Selalu gunakan minat mereka untuk memberikan mereka semangat. Contoh, jika murid suka dengan bola, sentiasa puji mereka dengan kesamaan seperti pemain bola kegemaran mereka. Meminta mereka buat poster dengan background bola dan apa sahaja membuatkan mereka bangga dengan personaliti mereka.

9. Membuat pilihan dan keputusan

Games membuka ruang untuk murid membuat pilihan. Mereka boleh pilih laluan yang mereka mahukan. Mereka juga bebas membuat keputusan dalam bertindak.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Dalam kehidupan seharian, murid tidak ada banyak pilihan. Dalam kelas, mereka perlu membaca nota dan menjawab soalan. Sebaliknya beri murid ruang memilih dan mencari bahan untuk mereka belajar dan membuat keputusan terbaik dalam membentangkan fakta. Beri juga murid ruang untuk membuat undian pembentangan terbaik serta menyuarakan pendapat cara terbaik yang mereka sukakan dalam pembelajaran.

11. Sosial

Elemen hubungan sosial dalam games juga sangat terbuka. Murid boleh berinteraksi dengan pemain-pemain dari seluruh dunia. Mereka dapat mempamerkan markah mereka, bertanyakan pendapat, merakam permainan serta berkenalan.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Dunia selain permainan melibatkan banyak aplikasi sosial. Gunakan platform ini untuk murid berkongsi dunia pemblejaran mereka. Antara tools yang sesuai digunakan adalah seperti Skype in The Classroom, Youtube Channel, Facebook Group dan juga Flipgrid.

12. Membina dan mereka

Dalam kebanyakan games, murid boleh membina sesuatu hasil daripada perjalanan mereka. Hasil terkumpul itu membolehkan mereka membina rumah, istana ataupun kubu. Ini menjadi satu ganjaran kepada murid. Dalam sesetengah keadaan, hal ini menjadi satu misi permainan mereka.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Berikan murid ruang menghasilkan sesuatu hasil yang menarik daripada pembelajaran mereka. Pembelajaran Berasaskan Projek sangat membantu kerana murid mempunyai misi untuk menghasilkan sesuatu dan proses penghasilan elemen-elemen projek menjadi beberapa pdpc yang menarik. Murid boleh buat infografik, video pendek, pembentangan PowerPoint, animasi, buku skrap, majalah dan bermacam-macam lagi. Boleh jugakan gunakan tools seperti Toontastic, Minecraft, Lego Junior dan sebagainya.

13. Peluang & Perundingan

Murid sentiasa ada peluang kedua apabila bermain game. Murid diberikan nyawa tambahan dengan akses terhad seperti life span separuh atau kekurangan peralatan. Ini memberikan harapan untuk mereka terus mencuba dan mengubaha keadaan.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Apabila murid tidak berjaya menghayati pembelajaran dan menajwab soalan, berikan ruang untuk mereka mencuba lagi ada pdpc seterusnya. Pelbagaikan bentuk penilaian dan berikan mereka moral support. Pastikan PdPc berpaksikan Pembelajaran Terbeza agar murid dapat menguasai pembelajaran sekurang-kurangnya pada tahap minima.

Sumber : mudahmengajar

Pantaulah anak2 kita ketika bermain game. Main game tak salah tapi biarlah berpada. Biar kita manipulasikan game untuk belajar bukan game yang melalaikan kita untuk menjadi malas......

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Bagus tips ni. Anak-anak Kak feni pun kuat main gadget.

    BalasPadam
  2. nak bagi anak duduk diam tapi HP..bagi yang dah sekolah tu bg dia main game..diam je kla dia kat situ hihihih

    BalasPadam
  3. Tak ada masalah nak bagi anak main phone tapi kena pantaulah.

    BalasPadam