Ummu Sibyan - Jin yang menganggu wanita hamil dan anak kecil?
Bagaimana pula kata pakar Hadis tentng Ummu Sibyan? Adakah cerita tentang Ummu Sibyan ini sahih? Ada disebut dalam Quran atau Hadis?
DR ROZAIMI RAMLE MENJAWAB:
HADITH tentang UMMU SIBYAN ini DAIF namun hadis larangan kanak-kanak berkeliaran pada waktu senja sahih kerana waktu syaitan berkeliaran.
Dari sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
( إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ، وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا ، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ ) رواه البخاري (3280)
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).
Tingkap dan pintu rumah perlu ditutup dan menyebut nama Allah dimalam hari dan tidak digalakkan dibuka jika tidak ada keperluan sebagai langkah berjaga-jaga dari kejadian yang tidak baik berlaku.
Dan jangan biarkan bekas-bekas makanan dan minuman tidak ditutup dan dianjurkan menyebut nama Allah ketika menutup bekas-bekas tersebut.
Ini semua dilakukan untuk mengelakkan gangguan syaitan. Wallahua’lam.
Catat Ulasan
4 Ulasan
selalunya kul 6.30 ke 6.40 petang memang dah tutup semua pintu kat rumah. Kalau nak keluar rumah tunggu lepas abis maghrib , lagi lah kita selalu duduk ber2 je suami balik malam
BalasPadamKalau ingat balik apa yg orang tua2 cakap dulu ada betulnya.
BalasPadamAlhamdulillah.Terima kasih perkongsian Cikgu..memang sedari PC masih kecil pun babah mama..arwah atok dan nenek pesan dan larang anak cucu keluar atau berada di luar rumah waktu senja..atau lewat malam kecuali pada sesetengah kes yang memang tidak boleh dielakkan..Sekarang ni..ada yang masih patuh nasihat..ada juga yang langsung tidak mahu dengar nasihat orang lebih tua..
BalasPadamseram pulak.. tapi ada benarnya juga
BalasPadam