Ummu Sibyan - Jin yang menganggu wanita hamil dan anak kecil?

Sebab tu mak selalu pesan, sebelum maghrib balik rumah...

Mak selalu larang anak lelaki yang dah kahwin, isteri mengandung atau ada anak jangan balik lewat malam, jangan biar isteri tinggal sorang sorang...


Katakan suami/isteri terpaksa balik malam sebab kerja, bacalah 3 Qul.. ayat Qursi & sebaiknya ambil air sembahyang sebelum masuk rumah... 

Sebab ni lah! Ada "tetamu" yg intai kita, cuba masuk dalam rumah... 

Sebenarnya bukan tetamu, tapi inilah wanita yang suka datang ke rumah kita pada waktu Maghrib...

Waktu maghrib ni ada yang cuba untuk singgah ke rumah kita...

Siapa & kenapa? 

Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala, pada waktu itulah seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah kita...

Siapakah wanita itu, apa yang dia lakukan di dalam rumah kita?

Ketahui bahawa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil...

Mungkin ada yang pernah dengar nama (Ummu Sibyan) atau pun tidak sebelum ini, (Ummu Sibyan) ini adalah jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil, sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini...

Apa Kerja Jin Ummu Sibyan?

Kerja dia tak lain tak bukan adalah mengganggu bayi yang baru lahir dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil, jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak , Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan...

Seperti yang di ceritakan dalam kisah jin Ummu Sibyan dengan Nabi Sulaiman, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum wanita itu tidak mengandung...

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua...

Sungguh mengerikan bukan? Bagaimana tandanya jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan? Diantaranya adalah :
1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang keatas/sudut tertentu).
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong.
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali.
4. Demam panas hanya setelah Asar sampai sebelum Subuh.

Akibat gangguan di atas akan mengakibatkan hal seperti ini :
1. Sawan tangis.
2. Autisme (over hiperaktif).
3. Nakal dan keras kepala.
4. Malas.

Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan :
1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam.
2) Kusut fikiran.
3) Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4) Mengigau ketika tidur.
5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Cara Mengelak dari Gangguan Ummu Sibyan :
1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu Maghrib.
2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering).

Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak :
1) Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu , baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis..
2) Halau dengan bahasa sendiri seperti "wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku"..

Kaedah ini antara cara untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan...

Bagaimana pula kata pakar Hadis tentng Ummu Sibyan? Adakah cerita tentang Ummu Sibyan ini sahih? Ada disebut dalam Quran atau Hadis?

DR ROZAIMI RAMLE MENJAWAB:

HADITH tentang UMMU SIBYAN ini DAIF namun hadis larangan kanak-kanak berkeliaran pada waktu senja sahih kerana waktu syaitan berkeliaran.

Dari sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

( إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ، وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا ، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ ) رواه البخاري (3280)

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).

Tingkap dan pintu rumah perlu ditutup dan menyebut nama Allah dimalam hari dan tidak digalakkan dibuka jika tidak ada keperluan sebagai langkah berjaga-jaga dari kejadian yang tidak baik berlaku.

Dan jangan biarkan bekas-bekas makanan dan minuman tidak ditutup dan dianjurkan menyebut nama Allah ketika menutup bekas-bekas tersebut.
Ini semua dilakukan untuk mengelakkan gangguan syaitan. Wallahua’lam.

Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari).

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. selalunya kul 6.30 ke 6.40 petang memang dah tutup semua pintu kat rumah. Kalau nak keluar rumah tunggu lepas abis maghrib , lagi lah kita selalu duduk ber2 je suami balik malam

    BalasPadam
  2. Kalau ingat balik apa yg orang tua2 cakap dulu ada betulnya.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.Terima kasih perkongsian Cikgu..memang sedari PC masih kecil pun babah mama..arwah atok dan nenek pesan dan larang anak cucu keluar atau berada di luar rumah waktu senja..atau lewat malam kecuali pada sesetengah kes yang memang tidak boleh dielakkan..Sekarang ni..ada yang masih patuh nasihat..ada juga yang langsung tidak mahu dengar nasihat orang lebih tua..

    BalasPadam
  4. seram pulak.. tapi ada benarnya juga

    BalasPadam