Kenapa satay mesti dimakan dengan timun?

Pernah terfikir tak, mengapa apabila makan satay mesti ada timun dan bawang ya?? Memang sedap kombinasinya terutama gaul timun dengan kuah satay memang sedap. Tapi ada tujuan sebenarnya satay dimakan dengan timun, kadang ada juga campur dengan bawang. Nak tahu sebabnya? Jom baca...

Makanan yang dibakar dapat menyebabkan kanser, benarkah? Menurut beberapa penelitian, ada dua  penyebab kanser yang dapat terbentuk selama proses pemanggangan makanan, yaitu hidrokarbon polisiklik aromatik (PAH) dan amino heterosiklik (HCA)


PAH (terutama benzopiren) terbentuk di dalam asap dan ditemukan di permukaan daging, namun boleh dengan mudah dilenyapkan dengan pengerikan bagian permukaan makanan yang dipanggang atau dibakar.

HCA ditemukan di dalam daging. HCA disebabkan bila daging dimasak dalam suhu tinggi, yang bisa terjadi bila makanan digoreng, dipanggang, maupun dibakar. Sedangkan mengukus, merebus, daging secara perlahan, sama sekali tidak menghasilkan HCA. sehingga makanan yang diproses dengan cara mengukus atau merebus adalah lebih sihat bagi tubuh. 

Namun jangan terlalu risau, bila anda penggemar satay, ikan bakar ataupun barbeque, Anda boleh meminimalkan risiko terkena kanser dengan masak daging dengan betul. Ada beberapa tips penting bila memanggang makanan.

1. Terebih dahulu rendam daging ke dalam rempah. Ini akan membuat daging lebih lembut sehingga kurangkan waktu memanggang.

2. Atau, boleh juga anda memasaknya terlebih dahulu agar lebih mudah memanggangnya. Proses pemasakan ini juga bertujuan menghilangkan lemak.

3. Selalu membalikkan daging agar tidak hangus.
4. Jangan memasak terus di atas arang.
5. Buang bahagian daging yang hangus.


6. Makan sate bersama timun dan bawang kerana ianya adalah agen antikarsinogen.

Mengikut kajian , tujuan timun dan bawang itu adalah untuk meneutralkan tahap karbon yang ada pada satay. Ini adalah kerana apabila satay itu dibakar, kesan hangit itu adalah kandungan karbon. So skarang anda tahulah kenapa perlu ada timun dan bawang, agen untuk meneutralkan karbon.

Apa-apa makanan pun jika makan tak berlebihan pasti ia tak memudaratkan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Yang penting kena selalu bersederhana.

    BalasPadam
  2. Wah..terima kasih berkongsi. Tak pandai panggang sate, tau makan je. Lepas ni tak boleh tinggal timun

    BalasPadam
  3. pandai orang dulu2 regukan satay dengan timun dan bawang.

    BalasPadam
  4. Saya memang kalau makan sate, mesti nak ada bawang. Timun tengok juga, kalau yang jenis berair sangat saya tak lalu. Haritu makan sate pun mama saya suruh kunyah timun. Untuk elak kanser katanya :)

    BalasPadam