Waspada ketika buat transaksi online, jangan beri atau guna nombor TAC dari nombor tak dikenali



Wang berkurang dalam akaun tanpa anda sedari ?!

Admin ada terbaca beberapa kes tentang wang dalam akaun berkurang walaupun mangsa enggan menyerahkan maklumat TAC kepada saspek selepas terima whatsapp atau panggilan daripada individu tidak dikenali.


Dalam beberapa kes yang disiasat, jika perkara ini berlaku, kebiasaannya wang dalam akaun tersebut telah dipindahkan ke akaun favorite yang telah mangsa kemaskini di dalam internet banking mereka. Kebiasannya adalah akaun keluarga atau syarikat untuk membayar bil.

Jika anda adalah salah seorang mangsa... Sila ambil langkah-langkah berikut:-
1. Segera hubungi call center bank seperti yang tertera di belakang kad ATM anda.
2. Batalkan perkhidmatan perbankan internet anda.
3. Pergi ke bank berhampiran untuk mendapatkan pengetahuan awal ke mana wang telah dipindahkan. 
4. Buat laporan polis di balai berhampiran.

Pastikan anda menyimpan butiran no whatsapp atau no telefon yang menghubungi anda dan meminta no TAC dari anda. Catatkan masa dan tarikh panggilan tersebut diterima.

Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dibuat adalah:-
1. Set kata laluan perbankan anda menggunakan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol. 
2. Elakkan menggunakan kata laluan no plat kenderaan, no hujung kad pengenalan, tarikh hari jadi atau nama anda.
3. Jangan kongsi kata laluan, username atau no TAC kepada orang lain.

Kredit: Cyber Crime Alert Police Malaysia

Saya sendiri pernah dapat no TAC dari nombor tak dikenali yang nombor sendernya agak panjang.  Bila cek guna apps true caller nombor tu datang dari negara Norway. Mujur tiada apa berlaku.

Sekarang ni perlu berhati2 kerana scammer memang ramai samada dari dalam atau luar negara.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. memang ada benda yang tak boleh kita nak kongsi2, zaman sekarang ada je cara orang nak menipu lagi2 bab nak dapatkan duit secara mudah

    BalasPadam
  2. kena beringat sangat sekarang ni. mudah sungguh nak menipu di alam siber serba moden dengan teknologi di hujung jari ni :(

    BalasPadam
  3. Mudah2an kita tak jadi mangsa scammer ni

    BalasPadam