Join Perarakan Maulidur Rasul dalam hujan renyai, tapi berbaloi

Aktiviti semalam, pertama kali join perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah bersama Ppd yang disertai dengan 22 jabatan kerajaan dan swasta yang lain di daerah saya mengajar ni. 

Walaupun dalam hujan renyai dan jarak perarakan asal yang sepatutnya 4.1km dipendekkan ke 1.4km sahaja, berbaloi sebab team Ppd dapat juga menang kategori perbarisan. RM1k hadiahnya. Hehehe. 

Hujan renyai tak mematahkan semangat




Mestilah kena bergambar dengan hadiah...

Selalu join aktiviti berlari jarang dapat hadiah, bila berjalan dapat hadiah pulak. Boleh lah haha. 

Jom banyakkan berselawat kepada nabi kita Muhammad SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)

Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam.

InsyaAllah mendapat keberkatan dan syafaat. Salam Maulidurrasul 2019!

Catat Ulasan

6 Ulasan