Ekzos viva putus lagi..Selagi boleh sambung, kita sambung jer..



Ekzos kereta viva isteri putus lagi, rasa dah lebih setahun welding dan sambungkan semula ekzos sekarang putus lagi. Nasib bukan bocor lubang-lubang cuma putus. Kereta usia 5 tahun dah dimakan karat. Ok kalau ekzos putus ni masih boleh sambung selagi boleh sambung. Pergi kedai ekzos suruh dia welding je.

Proses welding sambung ekzos sedang dilakukan.

Kalau berlubang elok tukar ekzos 1 set dari bahagian pangkal hingga hujung ekzos. Hari tu pergi tanya Perodua RM500 jugak huhu kedai lain tak pasti mungkin rendah sikit tapi masih mahal. Bulan ni kena save bajet nak cuti. Welding baru RM20 hengget je hehehe.

Ok ini bukan ekzos viva tapi motor. Lebih kurang je rasanya dan putus bahagian bertanda midpipe tu. Haritu lupa nak ambil gambar ekzos bahagian bawah. Sumber gambar : google

Ini kali ke 3 welding ekzos putus, lagipun viva ni guna jarak dekat dalam lingkungan 10km sehari jadi cuma sambung dengan welding dah cukup tak perlu tukar. Lainlah kalau berjalan jauh memang bahaya dan elok tukar sebab ekzos boleh tercabut bila-bila masa dan membahayakan orang di belakang terutama penunggang motosikal.

Apa terjadi bila ekzos putus? 

Bunyi kereta jadi macam kereta sport, minyak jadi cepat habis, walaupun masih boleh berjalan bila ekzos patag tapi takut membawa kerosakan bahagian kereta yang lain.

Kenapa ekzos boleh patah?

Ekzos putus disebabkan karat. Masalah ni biasa dialami kereta kecil, lagi-lagi bila umur kereta dah sampai 5 tahun. Kereta besar pun boleh kena juga. Kalau selalu terlanggar bumper jalan pun lama2 tak tahan ekzos tu.

Sekadar berkongsi pengalaman.
Ekzos viva putus lagi..Selagi boleh sambung, kita sambung jer.. Ekzos viva putus lagi..Selagi boleh sambung, kita sambung jer.. Reviewed by cikguzim on 12.11.19 Rating: 5

7 ulasan:

  1. Balasan
    1. cadang memang nk tukar wak, tggu bajet tahun baru

      Padam
  2. baru tahu boleh putus yek,bila berkarat memang tak boleh buat apa ada bajet kene tukar tu... dapat di bayangkan macamne bunyi nya tu kalau putus, mengaum lah dia
    si myvi putih saya tu buat masa ni tak pernah lak jadi gitu dah pakai dekat 10 tahun... tapi yang selalu buat hal dia punya cermin depan kat driver tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kereta kecik mcm viva kelisa kenari komponennya kecik cepst dimakan karat...kereta sedan besar jrg ada masalah ekzos patah

      Padam
  3. Tak tahu pun masalah macam ni boleh terjadi.

    BalasPadam
  4. Salam Admin.

    Saya baru terkena juga keadaan macam ni, tengah bawak sekali terdengar bunyi macam garau. cuba berhenti di bahu jalan, sekali batang paip ekzos viva elite sy dah patah pada bahagian penyambung dia ngam-ngam. mujur masih boleh memandu sebab bahgian belakang dekat muffler masih tersangkut pada penyangkut, cuma pada sambungan saja yang terpatah. nasib baik juga tidak patah pada bahagian tong besar tu, hehe.. pandu pelahan-pelahan dalam beberapa kilometer juga sebab terkena dekat highway, keluar highway semak google maps ada kedai ekzos yang tak jauh, alhamdulillah. tokey kedai tu cakap memang biasa berlaku untuk kereta-kereta yang CC kecil, sebab jarak perjalanan tak jauh, macam sy selalu bawa jalan memang jauh-jauh. sampai dekat kedai ekzos terus buat welding dulu, sebab bajet tak kasar nk terus buat yang stainless steel tak berkarat dan tahan lama. walau apa pun pada pandangan sy kalau kita nampak keadaan kereta kita perlu di tukar , harusnya lebih baik terus tukar jangan ditangguh-tangguh takut dalam perjalanan nnti menjadi masalah, lagi masalah jika melibatkan pemandu lain. smoga kita semua dalam lindunganNYA hendaknya. kalau kena time sesuai tu kira rezeki lah ya dipermudahkan segala urusannya. Aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq share pengalaman, begitulah kereta kecik2 kan..banyak komponen tak kuat.

      Saya pun dah tukar 1 set terus komponen ekzos sebab dah tak larat nak welding banyak kali.

      Saya beli 1 set ekzos steel dari Perodua.

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.