Berhati-hati bila ada orang minta tolong pegang atau bawa barang ketika di airport

Sekarang musim orang bercuti, ada yang holiday kat dalam Malaysia saja dan ada yang kat oversea. 


Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu di KLIA 2 ketika itu saya bersama anak perempuan saya, kami berdua berlegar2 sementara masuk ke balai pelepasan.  Mungkin perkongsian ini boleh menjadi peringatan kepada orang lain supaya sentiasa berhati2 daripada menjadi mangsa orang jahat yang sentiasa mencari mangsa .
    
Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira2 beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba2 seorang wanita dalam usia 30an menegur anak saya dengan ramah. Dia nak minta tolong katanya. Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus milo besar, katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indon. Gaya cakap pun orang sana.

Anak saya bersangka baik angguk tanda setuju tolong. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imegresen. Konon katanya barangnya melebihi berat 7kg jadi maksudnya nak tumpang lah orang lain. 
    
Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg. selain beg kertas tu jer!

Saya cakap dengan tegas, awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer 'milo' tu. Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang minta tolong simpan, bawa, barang mereka. 

Teringat kes yang pernah dilalui oleh seorang rakan saya beberapa tahun lalu. Dia masuk tandas cuma 8 minit, bila keluar anak perempuannya yang berusia 7 tahun sedang bermain patung beruang diberi pinjam salah seorang wanita di sebelahnya ketika sama2 nak naik flight di KLIA. 

Kerana bersangka baik dia membiarkan anak kecilnya itu bawa anak patung itu sehingga tiba pemeriksaan imegresen....igauan ngeri pun berlaku. 

Ada dadah dalam patung itu, dan wanita yang bertanggung jawab berkenaan hilang entah ke mana. Beliau di tahan, di bawa ke bilik pemeriksaan disiasat sampai pagi kena tanya macam2. 

Dipendekkan cerita masuk mahkamah atas tuduhan memiliki dadah sekian2 banyak. Nasib baik lepas disebabkan campur tangan orang tertentu. Tapi kes selesai dengan bayar denda yang boleh tahan banyak , kalau tak tali gantung lah jawabnya.

Berhati2....jangan jadi seperti pelanduk yang sering kali melupakan jerat. Kalau dah terkena.....Allah saja yang tahu silap2 tak pasal masuk lokap hanya kerana sikap cuai ! Jangan sampai suka bertukar duka, tawa berganti air mata. Musuh mana ada hati budi ya!

Ingat, jangan memandai2 tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali. Simpan sedikit prasangka tu....ia kadang2 perlu juga dalam suasana masyarakat sekarang!.

Sumber Kredit Latifah Mohamad
Berhati-hati bila ada orang minta tolong pegang atau bawa barang ketika di airport Berhati-hati bila ada orang minta tolong pegang atau bawa barang ketika di airport Reviewed by cikguzim on 7.11.19 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Betul tu..setuju sangat sebab tu SA pesan dengan family SA,jangan pandai- pandai nak tolong orang..walau di mana sahaja berada..

    BalasPadam
  2. betul tu, saya if guna flight sorang2 mmg berlagak sombong, tak mudah nak sembang. taknak ditegur stranger

    BalasPadam
  3. betul tu, zaman sekarang ini macam-macam cara orang jahat ini, sekarang kat radio, dekat tv pun dah banyak peringatan supaya jangan tolong bawakan atau pegang barang org lain di lapangan terbang, takut jadi benda begini.

    BalasPadam
  4. Bahayanya zaman skrg kena selalu waspada

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.