Apa itu Black Friday? Apa pula Cyber Monday?

Apa itu Black Friday Sale? 

Black Friday? 

Macam ada unsur lain macam je bunyinya? Iluminati kah? Freemason kah? 

Seminggu dua banyak sekali terjumpa perkataan Black Friday di internet. Buka Google jumpa black friday, buka Yahoo! jumpa black friday, buka Bing jumpa black friday. Anda tahu apakah itu Black Friday? Saya tak tahu. Itulah… sayapun carilah jawapannya.

Black Friday kalau diterjemah terus ke Bahasa Melayu bermaksud Jumaat yang hitam (atau menyedihkan?) dan selalu digunakan di negara Barat untuk merujuk kepada peristiwa-peristiwa sedih atau tragis yang berlaku pada hari Jumaat. Namun Black Friday yang selalu kita jumpa di internet seminggu dua ini bukanlah merujuk kepada peristiwa sedih tetapi sesuatu yang ada hubungan keuntungan dan perniagaan iaitu hari Jumaat yang menandakan bermulanya musim membeli belah atau jualan hujung tahun!

Setiap sambutan atau perayaan yang berasal dari negara Barat semestinya ada hubung kait dengan kepercayaan dalam agama Kristian. Sebab itulah mengapa kita sebagai sebagai orang Islam tidak perlu ikut ataupun terikut-ikut dengan cara mereka. Black Friday ialah hari Jumaat sehari selepas perayaan Thanksgiving dan ianya dinamakan Black Friday kerana dikatakan peniaga biasanya meraih keuntungan lumayan dan luar biasa pada hari tersebut dan catatan perniagaan bertukar dari red (dakwat merah – rugi) bertukar kepada black (dakwat hitam -untung).

Hitam yang dikaitkan dengan jualan murah hujung tahun. Mungkin poket pun jadi hitam lepas tu

Pada hari Black Friday ini para peniaga mengadakan jualan dan promosi secara besar-besaran dan memberikan potongan harga yang gila-gila bagi menarik pelanggan.

Kebiasaannya orang ramai akan berebut-rebut keluar untuk membeli-belah pada hari tersebut untuk mendapatkan tawaran harga murah yang ditawarkan oleh peniaga. Kesimpulannya Black Friday ialah hari membeli belah dengan jualan murah yang diadakan setahun sekali. Kita boleh membeli-belah pada hari tersebut tetapi kita tidak patut menganjurkannya kerana dilihat ada kaitan dengan perayaan Thanksgiving. 

Hitam itu Peryllis (iklan zaman dulu2)

Harap-harap tidak ada rakan peniaga Islam kita yang turut mengadakan promosi jualan Black Friday.

Apa itu Cyber Monday? Macam bunyi Monday Night Raw WWE pulak dah. Tapi bukan. Apakah maksud Cyber Monday yang sebenar?

Ah, tak tahu?

Dia ni macam Black Friday juga, sale sempena hari thanksgiving kat US tu. Kalau sana, siap bergaduh rebut barang.

So mereka create lagi 1 hari iaitu Cyber Monday pula untuk buat Online Sale selepas hari thanksgiving.

Jadi, jika anda nak dapatkan discount yang tinggi, ini adalah masanya. 

Nak Power lagi, kena cari Company yang memang based in US. 

Kita sebagai orang Islam, jangan lah terikut-ikut dengan budaya mereka jika ada unsur-unsur bergaduh, berebut. Sentiasa jaga etika ketika menjual dan membeli. 

Tengok dalam TV3 tadi sewaktu promosi Black Friday dicemari insiden rusuhan, pergaduhan tembakan. Nauzubillah, perkara tak elok jangan ikut. Harap tak berlaku bila event Cyber Monday nanti. Nauzubillah..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. macam-macam cara nak tarik pembeli

    BalasPadam
  2. Kak tak penah tau pun pasal ni. Huhu. Alhamdulillah dapat info baru jugak ni 😁

    BalasPadam
  3. black friday memenuhi emailllll

    BalasPadam
  4. Nk ikut black friday tu takpa, ianya strategi bisnes. Tapi nak ikut perangai gaduh tu yang tak boleh. Tapi promosi black friday mereke benar2 diskaun berbanding promosi di malaysia ni

    BalasPadam
  5. Kat shopping mall pun banyak yang buat sale black friday.

    BalasPadam
  6. JM balas kunjungan...terima kasih sudi sggah di blog JM..thank share info ni..x tahu sebenarnya..tapi biasa dgr back friday ni

    BalasPadam