Cara buat jeruk mangga muda asam boi



Perghhh. Bila sebut jeruk mangga terliur lidah macam nak minta je mangga muda orang di tepi jalan tu. Lebat sangat sampai tak termakan.

Jadi saya beli je lah di pasar. Lagipun pagi tadi ada murid sedekah mangga muda. Boleh lah buat jeruk mangga yang diidamkan iaitu jeruk mangga asam boi. Haritu buat tak jadi sebab tak cukup bahan dan lupa letak dalam peti sejuk. Nak tahan lama jeruk letak dalan peti kalau tidak jadi masam dan bau dia aduhh.

Ini dia contoh jeruk mangga asam boi yang aduhhhhh terliur geram sangat buat makan kunyah2 depan tv. Kredit gambar : Permata Mama

Kalau kena gaya dan cukup bahan memang superb rasa dia. Kita boleh buat banyak2 dan lebih berkhasiat sikit dari beli dah siap di kedai yang ada tambah bahan pengawet.

Bahan2 untuk buat jeruk mangga asam boi adalah :



1 - Mangga muda secukup rasa, banyak2 pun takpa asal disimpan dengan bagus tahan lama.
2  -  Cili, untuk jeruk rasa pedas2 sikit.
3 - Asam boi, merah boleh putih boleh asalkan asam boi masam. Haritu silap beli yang manis lak. Haduii.
4 - Gula.

Cara untuk buat jeruk asam boi :

1 - Potong mangga menjadi hirisan kecil. Nak simpan kulit boleh nak buang kulit pun boleh. Saya tak buang, lambat kerja hehe.
2 - Masukkan potongan mangga dalam bekas sekali dengan lada yang telah dihiris dan gula secukupnya. Dan paling penting isi asam boi tadi. 
3 - Gaul semua dengan sudu, jangan usik dengan jari takut cepat basi! Tutup bekas tadi.
4 - Simpan dalam peti supaya tahan lama. Siappp! 

Bahan2 yang telah dicampur tadi. Kredit google.

Jeruk tadi sedia untuk dimakan. Boleh juga mangga digantikan dengan buah lain. Haritu saya buat guna buah kedondong pun sodap. 

Mangga muda pemberian murid, terima kasih anak murid.

Tapi kalau malas nak buat jeruk, cicah dengan kicap dan campur sedikit garam dan cili padi pun fuhhh merecik juga. Hehe. Selamat mencuba.

Maaf andai topik membuat anda meleleh air liur.....

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Ya allah...meleleh air liur sis ha...sedapnya...nasib sis tgh berpantang sebab ada asid reflux...hahaha

    BalasPadam
  2. Kalau mangga muda masam, tak lalu nak makan..
    selalu buat dengan mangga yang berlemak.. hehehe..

    BalasPadam
  3. nasibla tengah batuk-batuk ni, kalau tak memang terliur, nak lagi sedap lenkali cikgu perahkan limau kasturi dan boh sebiji dua buah yg di belah dua dalam jeruk tu... pun best tau

    BalasPadam
  4. masa musim rambutan haritu adik ipar tukar mangga tu jadi rambutan dan bahan yg lain sama..sedap

    BalasPadam
  5. This is really a nice and informative, containing all information and also has a great impact on the new technology. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pikdo

    BalasPadam
  6. mesti cuba buat nanti. lebih murah dan bersih..

    BalasPadam