Ciri Pembelajaran Abad 21



Dunia pembelajaran dahulu dan kini sememangnya berbeza. Jika dahulu, tahun satu, dua atau tiga,  hanya belajar menulis, mengeja, pengiraan mudah. Berbeza dengan zaman kini. Murid kini telah diperlihatkan dengan pembelajaran yang lebih menguji minda. 


Maka, dengan itu lahirlah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau KBAT yang sentiasa jadi sebutan. Jadi, pendidikan kini haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke-21.

Menurut cikgu Hailmi, cikgu Sains dan Kimia, daripada blognya menerangkan 10 ciri pembelajaran kelas abad ke-21.

******************************

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke-21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

1 - Berpusatkan pelajar
Pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
Meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2 - Penggunaan komputer
Alat penting untuk kelas abad  ke 21
Sangat membantu dalam pdp

3 - Pembelajaran aktif
Penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer

4 - Pembelajaran kendiri
Kelas masih boleh berfungsi dengan pelbagai aras pembelajaran

5 - Persekitaran yang kondusif
Tidak terlalu sesak
Peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan LCD projektor



6 - Pelajar faham dan mematuhi arahan
Pembelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
Peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan  pelajar  sentiasa berada dalam landasan yang betul

7 - Saling hormat-menghormati

-  Perlu hormat-menghormati antara guru dan pelajar

-  Guru perlu menggalakkan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka

-  Pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8 - Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka

- Sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9 - Penilaian berasaskan pencapaian

- Guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10 - Pembelajaran kolaboratif

- Pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

Sumber : Cikgu Hailmi, GPS Bestari


3 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian.. asah kemahiran insaniah, IT, self-esteem is good actually. sy belajar semua tu bila dah masuk Form 6 huhu ..

    BalasPadam
  2. Semakin mencabar mahu menjadi Pendidik Dan Pelajar.. Sekarang nak masuk darjah satu pun ada ujiannya untuk tentukan tahap.. Maksudnya ibu bapa perlu lebih dulu memacu minat dan semangat menuntut ilmu pada anak-anak.

    BalasPadam
  3. Sepatutnya tak perlu ada ujian2 lagi.

    BalasPadam

Peringatan mesra: Saya amat menghargai komen anda namun komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan ilmiah dan berhemah. Yang indah itu bahasa dan tak rugi kongsi ilmu bersama.

Keep comments respectful and follow our community guideline.

Dikuasakan oleh Blogger.