Samsung Galaxy Note 10 memang canggih..Tapi...



Samsung Galaxy Note 10 dah dilancarkan di Malaysia. Memang canggih telefon ini, apalagi yang perlu dikatakan tentang telefon pintar terbaru ni? Ada pelbagai fungsi yang diperlukan seperti fast charging, wireless charging, camera depan belakang yang cantik, storage besar gedabak, sistem laju bla bla bla setiap tahun peningkatannya......

Gambar Samsung Galaxy Note 10 dan fungsinya. Gambar sumber google.

Tapi...

Samsung note 3 saya yang dibeli pada tahun 2014 masih gagah lagi beraksi!

Sebagai pengguna Samsung sejak 5 tahun, saya letakkan kepercayaan kepada jenama ni dan terfikir nak beli model ni lagi.

Jatuh dah, terpijak dah, tergesel dah, bateri dah tukar kali ke-2, sekali tukar cover belakang dan screen protector, dan semuanya masih berfungsi seperti baru dan kelihatan baru. Jadi takde alasan untuk saya tukar ke smartfone yang baru hehehe. 

Memang terliur tengok fon2 baru di pasaran macam Huawei, Vivo, Oppo, Mi dll kameranya memang cantik tapi bagi saya kamera yang nampak tulen adalah jenama Samsung dan Huawei je bagi saya nampak ok. (Iphone gambar cantik juga tapi tak minat)



Lagi 1, harga Samsung Note 10 yang baru lancar harganya mencecah rm 3500. Wow! Rasa tak berbaloi untuk beli yang baru sebab fungsi masih sama guna nak buka Whatsapp, Fb, Ig, surfing net je cuma kameranya yang ada peningkatan. Harga tu boleh beli sebuah laptop gaming dengan graphic card gtx1050ti atau gtx1060 di dalamnya. 

Itu pendapat peribadi sendiri. Semuanya bergantung pada minat dan keperluan sendiri. Nantilah tunggu dah turun harga baru beli. Sabarrr, berbelanja ikut keperluan bukan kehendak.....

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. mahenya xmampu koi nk belinye

    BalasPadam
  2. kalau tengok mmg fuyoooo tp tulah, tengok harga mmg tak mampu sgt
    lagipun samsung galaxy a7 yg laki belikan tahun lps masih elok sihat walafiat lg, samsung galaxy s6 yg beli tahun 2017 pun masih sihat juga laki sya guna hehehe... selagi boleh digunakan syg nk tukar

    BalasPadam